Tuesday 27 September 2011


RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & ...diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

Friday 23 September 2011

SEKADAR PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI

Setiap kali ayah balik dari kuliah pagi di Pondok Haji Salleh pada setiap hari Jumaat ayah dan mak selalu berbincang tentang apa yang disampaikan oleh Tuan Guru Haji Salleh. Kami tumpang mendengar dan sedikit sebanyak dapat juga ilmu walaupun tak sepenuhnya. Tapi bila sudah dewasa macam ni lebih suka buat kajian sendiri melalui buku-buku dan internet dan buat perbandingan semula.  Selalunya yang lebih tepat adalah apa yang disampaikan oleh para ulama kerana ketinggian ilmu mereka dalam ilmu tafsir Al-Quran dan Hadis-Hadis sahih memang tidak dapat dipertikaikan. Jika ada yang tak faham  ayahlah tempat rujukan. 

Selalu dengar ayah bercerita tentang ketibaan Dajjal dan kejahatannya. Tentang Yakjud dan Makjud dan macam-macam lagi. Dunia sudah menjadi amat terbuka sekarang.  Ilmu dan info boleh dapat di hujung jari. Tapi sedikit masa lagi  apabila hari kiamat benar-benar sudah hampir kita akan kembali semula ke zaman purba kala atau "back to ancient". Kita hilang segala-galanya. Semua teknologi akan musnah. Tiada lagi telefon, tiada lagi setelit, tiada internet dan punah segalanya. Baca petikan di bawah ini,

Benarlah kata-kata RASULULLAH s.a.w bahawa satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno, menunggang kuda sebagai satu medium pengangkutan…

Sebab itulah di dalam blog ini  saya banyak memaparkan tentang kewujudan Imam Mahdi, Dajjal dan kejadian-kejadian yang bakal terjadi di masa depan walaupun pada mulanya tujuan sebenar untuk  menjadikan blog ini sebagai "kotak simpanan" saya sahaja. Bukan taksub pada kejadian masa depan tapi hanya sebagai peringatan untuk diri sendiri sahaja.

NOOR

"Tasik Tiberias" semakin kering.

tiberias kering, masa untuk dajjal munculkan diri
Dibawah ini saya selitkan beberapa keterangan yang ditulis oleh penganalisis barat yang saya pasti tidak memihak atau prejudis terhadap hari kemunculan Dajjal dan Isa al Masih di akhir zaman.  Selepas itu kita dihidangkan pula dengan sebuah rencana yang akan "memeranjatkan" kita kedudukan sebenar kisah sebalik "tasik Tabariyyah" ini.

Using the rate of evaporation formula, can anyone estimate when Lake Tiberias will be dry?

Lake Tiberias in Palestine is Evaporating. I would like to know a scientific estimation of when it is expected to be dried out at its current rate and at the rate of progression. 

ANSWER:
The lake's level is dropping due to a combination of water usage by Israel, drought (5 years or so), and evaporation.

But, the lake will never be totally dry, due to the salt water springs that feed brackish-saline water into the bottom of the lake. This salt water is currently held down by the weight of the fresh water above it. The two types of water are kept separated by their density gradient, salt water being heavier and denser will naturally tend to stay at the bottom of the lake. If too much freshwater is removed or evaporated from the lake though, the salt waters could begin mixing with the surface fresh water and make the lake useless for humans without the use of desalination plants and also killing off the freshwater life forms in the lake. Once it becomes a salt lake, it will stay a salt lake.

Source(s):




ISRAEL: Drought declared as five dry winters take their toll

After five consecutive dry winters, Israel's main fresh water source, Lake Tiberias (also known as Lake Kinneret and the Sea of Galilee, and which is fed by the River Tiberias, in turn fed by the River Jordan and several other small streams from the Golan Heights), is at a dangerously low level.

According to water authority data, only 80-85 percent of the average annual rainfall was recorded in 2009 in the Lake Tiberias area. In January the lake’s water level fell to a record low, and as of 3 June it was only 0.34 metres above the level at which pumping must be stopped.

According to a recent report entitled Rising Temperatures, Rising Tensions: Climate change and the risk of violent conflict in the Middle East, by the International Institute for Sustainable Development (IISD), the River Jordan could shrink by up to 80 percent by the end of the century. It warned that water supplies may “severely decrease”, falling by 60 percent of 2000 levels by 2100.

Israel has launched a national water saving campaign, which has included restrictions on the watering of private gardens, and in recent years some Israeli farmers have switched to using treated sewage water instead of fresh water, according to the Israeli water authority.








Sea of Tiberias

Tatkala Keringnya Tasik Galilee, Turunlah Nabi Isa ke Bumi (benarkah bakal berlaku 40 tahun lagi??? AL-QURAN & HADIS membuktikannya)
oleh Zameer Fisabilillah
Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik Galilee? Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh dikongsi untuk kebaikan kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya Allah…..
Assalamualaikum semua wahai hamba Allah s.w.t. yang sedang membaca berita bermanfaat ini menerusi alam maya. Salam peringatan dari saya kepada semua sahabat dunia dan akhirat.
Hari ini saya akan dedahkan secara terbuka kepada semua pembaca mengenai Tasik Galilee, sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun mengering dengan derasnya ketika ini. Nama lain bagi tasik ini ialah:
- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias
Ada satu hadis sahih yang saya sengaja tidak tunjukkan di sini, hadis itu memberitahu saya dan anda semua, bahawa apabila keringnya tasik ini maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikanlah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda-tanda besar. Carilah hadis sahih ini sampai dapat, dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini, pada ketika anda tahu itu, anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat. Apa yang menjadi kerisauan saya sekarang ialah tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi dan 10 tahun telah pun berlalu…
Saudara serumpunku, anda semua harus beringat, bila tasik ini kering, maka itulah saat di mana Nabi Isa a.s. akan turun ke planet bumi untuk membantu Imam Mahadi, memburu Dajjal ke seluruh pelusuk bumi.
Saya ingatkan lagi, hadis ini amatlah sahih, sedangkan tiada satu pun ulamak di Tanah Melayu berani membongkar hadis sahih ini, dengan kata lain, mereka tahu tapi mereka kurang keberanian kerana hakikat itu jelas, Tasik Galilee sedang kering dengan lajunya, dan mengikut kajian sains, tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasar permukaan bawahnya, dan ketika itulah Nabi Isa turun dan anda semua perlu faham, sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses-proses untuk menjadi asbab perlunya baginda turun, asbab itu mestilah terjadi. Ini bermakna wahai saudaraku sekalian, proses ini “sepatutnya” sudah berlaku:
- Tasik Galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari…
- ini bermakna sistem dajjal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajjal muncul dengan sempurna)
- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita, benarkan???
- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda dari timur yang dilantik menjadi Imam Mahadi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun….
- dan ini bermakna saya amat yakin, bahawa Imam Mahadi dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita, samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak-kanak? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti…
- Ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam alam maya tidak lain tidak bukan, ingin mengajak anda semua melangsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak.
dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa pada masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang hal ini, namun anda mungkin terlambat dan mengabaikannya di saat itu…
- dan kerana itulah saya hadir untuk menyedarkan ramai saudara-saudaraku, rakan-rakan, semua hamba Allah dan ramai dari mereka sebelum saat itu tiba, menjelma tanpa kita duga…
Ingatlah saudara-saudara ku… Mereka bertiga akan muncul selang silih berganti sahaja, dan mereka bertiga berkongsi gelaran yang sama, mereka bertiga adalah manusia belaka. Dua daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang, sedangkan satu daripada mereka bertiga berumur pendek tetapi dapat memimpin dunia.
Ketahuilah mereka bertiga ialah:
- Al Masih Imam Mahadi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa
Ingatlah kawan-kawan… sekiranya umur anda adalah sekitar 20-an 30-an (pada hari ini), percayalah, dalam tempoh 50 tahun ini sahaja, semua tanda-tanda untuk munculnya tanda-tanda besar, pasti 100% muncul di zaman anda, samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul, atau anak-anak anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu. Ketahuilah, Tasik Galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 Masehi lagi, dan proses pengeringan ini amat dahsyat sehingga yahudi di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras Tasik Galilee ini dan 10 tahun sudah pun berlalu, ada baki lagi 40 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi, dan anda harus ingat!!!
Sekali lagi saya ingatkan anda,bila Nibiru melalui nanti (diteorikan), 2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki), iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi),dan teori 2 gerhana pada tahun 80-an “akan bergabung” teori gerhana tahun 2012,dan sekiranya teori ini benar-benar berlaku, maka sahlah dan lengkaplah semua tanda-tanda kecil, dan kehadiran tanda-tanda besar pasti berlaku tanpa anda jangka.
lanet Nibiru (Planet-X) adalah planet yang dimaksudkan oleh Rasulullah ﷺ sebagai dua gerhana berlaku serentak yang memancarkan cahaya merah ke bumi. Planet Nibiru ini tidak menghentam bumi tetapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan menjahanamkan semua PANCARAN API yang terdapat pada bumi. TANDA-TANDA BESAR KIAMAT? OBJEK MERAH KELIHATAN DI LANGIT. Planet ini hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari. Sekiranya kehadiran planet besar ini melintas di antara orbit bumi & matahari, gelombang-gelombang pancaran akan keluar, dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Ini bermakna, apa sahaja jentera langit dan bumi, asalkan yang mempunyai saluran elektrik, akan dengan sendirinya tidak berfungsi, satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, laptop, tenaga elektrik, handphone, playstation tidak akan berfungsi lagi, dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Itu pun sekiranya anda masih hidup hasil dari peristiwa ini, kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap pada 2012 hasil dari tindak balas berbahaya antara bumi dan Planet-X.
Benarlah kata-kata RASULULLAH s.a.w bahawa satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno, menunggang kuda sebagai satu medium pengangkutan…bersedialah kita umat Islam…ALLAHHUAKBAR……
KAJIAN SAINS: Setelah saya membuat kajian, sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari, gelombang-gelombang pancaran akan keluar, dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Ini pesanan saya lagi…
Tiada satu hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat-alat yang selain pernah nabi sendiri gunakan
Sekiranya kajian saya di atas berpandukan hadis, maka sudah tentulah bahawa apa sahaja teknologi moden hari ini, persenjataan tercanggih, akan menjadi tidak aktif dan hancur dari dunia ini… Maka hidup anda selepas peristiwa besar ini berlaku, adalah satu kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik, manusia akan kembali kepada fitrah semula, dan mana-mana manusia yang tinggal di bandar, adalah manusia yang paling rugi di kala itu kerana bandar yang duduki itu sedang tenggelam, kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim seperti banyak yang ada di Tanah Melayu…
Saya berpesan kepada anda sekali lagi,gunakan duit anda untuk:
- melangsaikan hutang dunia
- membeli tanah di kawasan pedalaman
- menguasai sungai-sungai dan pinggiran gunung
- membeli kuda seorang dua ekor
- mengasah pedang dan mencanai keris.
- menguasai kembali teknik MEMANAH.
- dan kembali mengajar anak-anak anda semua berenang.
Ketahuilah, kita ada tak sampai 40 tahun sahaja lagi sebelum Tasik Galilee kering sepenuhnya, kita ada hanya purata 40 tahun sahaja lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini, dan anda kena faham lagi sekali,sebelum Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita, dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi,dan sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang lengkap di sekeliling kita menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar, ya kawan-kawan… dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi Isa, dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan, sekali lagi saya ingatkan, anda hanya ada 40 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar, bila satu tanda besar keluar, perhatikan sekeliling anda, semua tanda-tanda kecil sudah lengkap kan? Bila satu tanda besar keluar, akan datang tanda-tanda besar seterusnya tanpa ragu-ragu…
Dan ingatlah wahai Muslimin, doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman, dari susurgalur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad,dari susurgalur Nabi Muhammad lah, akan munculnya pemuda bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita “mungkin”), yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi, percayalah bahawa di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad, kerana mereka berdua dari keturunan yang sama, sedangkan Mahadi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan solat, carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Al-quran) dan kerana itulah, solat 5 Waktu di tahiyat akhir, kita akan selalu bacakan nama 2 Nabi itu.
Pesanan Terakhir, langsaikan hutang secepat mungkin, tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman, kumpulkan kain-kain yang tahan lama, ternak dan gembala kambing, ajar anak-anak menunggang kuda, simpan cermin mata anda sebaik mungkin, banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik, banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah, latihkan anak-anak Melayu kita dengan kemahiran memanah, banyakkan berenang di waktu petang, minta maaf pada saudara-saudara terdekat dan saudara-saudara jauh, kita kena cepat minta maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajjal menguasai hari ini)
Jika perlu,sila sebar-sebarkan nasihat di atas kepada semua Muslimin yang pandai berbahasa Melayu.
Peristiwa Tamim ad-Dari disebutkan dalam Sahih Muslim:
Telah menyampaikan kepada kami Ibnu Buraidah dari Amir bin syurahbil asy-Sya, kabilah Hamdan, bahawa ia pernah bertanya kepada Fatimah binti Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama. Amir berkata:” Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Rasulullah s.a.w yg tidak engkau sandarkan kepada sesiapapun selain beliau.” Fatimah berkata:” jika engkau mahu, nescaya aku lakukan.” Amir berkata: Tentu, sampaikanlah kepadaku.”
Fatimah berkata: Setelah menyelesaikan solatnya, Rasulullah s.a.w duduk dimimbar. Sambil tersenyum, beliau bersabda:” Hendaklah setiap orang tinggal di tempat solatnya.” Selanjutnya beliau bersabda:” apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu?” mereka menjawab: ” Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”
Beliau bersabda: “Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan, aku mengumpulkan kamu semua adalah kerana Tamim ad-Dari, yg dulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai’at masuk Islam. Ia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah disampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Ia menceritakan kepadaku bahawa ia mengenderai sebuah perahu bersama tiga puluh orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka di buai ombak selama sebulan di laut. Lantas mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk-duduk di pantai dekat perahu. Lalu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi oleh seekor binatang yang banyak bulunya, yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya.
Mereka berkata: ‘Celaka kamu, apakah kamu ini?’ Binatang itu menjawab: ‘Aku adalah Jassasah (mata-mata)’, mereka bertanya: ‘Mata-mata apa?’ Ia menjawab: ‘Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kerana ia merindukan berita dari kamu.’
Tamim ad-Dari berkata: ‘Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin ia adalah syaitan perempuan.’
‘Lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi diantara hingga kedua mata kakinya. Kami katakan:
‘Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini? Ia menjawab: ‘Kamu semua telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini?’ Mereka menjawab: ‘ Kami adalah adalah manusia dari Arab. Kami belayar perahu lalu dipukul gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan’. Maka kami duduk-duduk di pantai dekat perahu lalu memasuki pulau ini. Kami didatangi oleh seekor binatang yang berbulu lebat sehinnga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya.
Kami bertanya: ‘ Celaka kamu, apakah kamu ini?’ Binatang itu menjawab: ‘Aku adalah mata-mata’ ‘Mata-mata apa?’ ‘Pergilah kepada orang yang ada di dalam gua ini, kerana ia sangat merindukan berita dari kamu semua.’ ‘Maka kami pun segera menjumpaimu. Kami takut pada binatang itu, dan kami tidak tenang jangan-jangan syaitan betina. Orang itu berkata:’ Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan!’ [Nota:Baisan sebuah daerah berada dekat Syam lama dan merupakan salah satu kota di Palestin]. ‘Tentang apakah yang kamu tanyakan?’ ‘aku bertanya kepadamu, apakah pohon kurma itu hampir berbuah?’ ‘ya’ ‘Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak berbuah’ Lalu ia berkata lagi:’ Beritahukan kepadaku tentang tasik Tabariyyah!’ ‘Tentang apakah yang kamu tanyakan?’ ‘apakah tasik itu masih berair?’ [Nota:Tasik ini besar, luasnya 10x6 batu2. Airnya makin berkurang. Jarak Tasik Tabariyyah dgn Bait al-Muqaddis sekitar 100 batu] ‘Ya, tasik itu masih banyak airnya’ ‘Sesungguhnya air tasik itu hampir habis’ Ia berkata: ‘Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!’ ‘Mengenai apakah yang kamu tanyakan?’ ‘Apakah mata air itu masih memancarkan airnya dan apakah penduduknya masih bercucuk tanam dari mata air itu?’ [Nota:Melimpahnya air dari mata air Zughar terjadi sekali lagi adalah isyarat dekatnya keluar Dajjal silaknat] ‘Ya, mata air itu masih memancarkan banyak air, dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut.’ ‘Terangkan padaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang yang buta huruf, apa yang dilakukannya?’ ‘Ia telah keluar dari Makkah menuju Yathrib’ ‘Apakah orang Arab memeranginya?’ ‘Ya’ ‘Bagaimana caranya memperlakukan mereka?’ ‘Ia telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya’ ‘Apakah demikian?’ ‘Ya’, Lebih baik dari mereka untuk mengikutinya. Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku. Aku adalah al-Masih Dajjal. Aku hampir akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar. Lalu aku akan berjalan di muka bumi. Aku tidak melewatkan suatu kampung melainkan aku akan tinggal di situ selama empat puluh malam kecuali kota Makkah dan Taibah (Madinah). Kedua kota itu diharamkan atasku. Setiap kali aku akan memasuki salah satu kota itu, aku akan dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalkan kepalaku. Di setiap celah kedua-dua kota itu dijaga oleh para malaikat. ‘Fatimah berkata:
“Sambil memukulkan tongkatnya pada mimbar Rasulullah s.a.w bersabda: Ini adalah Taibah (kota Madinah), Ingatlah apakah hal itu telah aku sampaikan pada kamu semua?” Orang-orang menjawab: “Benar” Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Makkah dan Madinah. Ketahuilah Dajjal itu berada di laut Syam atau dilaut Yaman, bukan dari timur, bukan dari timur, bukan dari timur, sambil mengisyaratkan tangannya kearah timur” (Lihat Sahih Muslim dengan syarah Imam an-Nawawi, Matba’ah al-Misriyyah, XVIII, hlmn 78-73)

Thursday 22 September 2011

TIP ATASI GANGGUAN JIN, SYAITAN DAN SIHIR

1. Membaca Bismillah Sebelum Masuk Rumah Dan Sebelum Makan.
2. Membaca Bismillah Sebelum Menutup Pintu Rumah dan Menutup Bekas Minuman
3. Membaca Ayat Kursi Sebelum Tidur
4. Membaca Tiga (3) Qul Selepas Solat
5. Merapatkan Saf Solah Berjemaah
6. Membaca Surah Baqarah Di dalam Rumah
7. Melaungkan Azan 
8. Mengucapkan La Haula Wala Quwwata Illa Billah Apabila Terlupa Sesuatu
9. Membaca Dua (2) Qul Sebelum Tidur1) Membaca Bismillah Sebelum Masuk Rumah Dan Sebelum Makan
Jabir Radhiallallahu Anhu berkata: “Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seorang masuk ke dalam rumahnya dengan menyebut ‘Bismillah’ ketika masuk (ke dalam rumah) dan ketika makan, maka syaitan berkata kepada temannya: Tiada tempat tinggal dan tiada bahagian makanan bagi kamu di sini. “ Dan apabila masuk ke rumah tiada menyebut nama Allah, syaitan berkata: “Kamu dapat bermalam di rumah ini, kemudian jika waktu makan tidak menyebut nama Allah, syaitan berkata: Kamu dapat bermalam dan makan di sini”.(Hadis riwayat Muslim)
2) Membaca Bismillah Sebelum Menutup Pintu Rumah dan Menutup Bekas Minuman
Rumah yang pintunya ditutup dengan membaca Bismillah tidak akan dimasuki syaitan, (walaupun syaitan boleh masuk melalui lubang, ia tidak akan masuk). Begitu juga minuman yang ditutup dan dibaca Bismillah.……
Kuncilah pintu dan sebut nama Allah, kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang berkunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah.(Hadis Riwayat Muslim)
3) Membaca Ayat Kursi Sebelum Tidur
Dalam kisah Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dengan syaitan yang mencuri harta zakat, disebutkan bahawa syaitan tersebut berkata,“Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimah yang Allah memberimu manfaat dengannya. Bila engkau masuk ke tempat tidur, bacalah ayat kursi. Dengan demikian, akan selalu ada penjaga daripada Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” Ketika Abu Hurairah menceritakannya kepada Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam, beliau berkata, “Sungguh dia telah berkata benar, walaupun dia sebenarnya banyak berdusta.” (HR. al-Bukhari no. 2187)
4) Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas selepas solat untuk menolak sihir.
Daripada ‘Uqbah bin Amir, dia berkata: “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) selepas setiap solat(fardu/wajib).”
5) Merapatkan Saf Solah Berjemaah.
Saf yang rapat tidak akan dimasukki syaitan, (walaupun syaitan itu jisim halus dan boleh memasukkinya melalui celah betis). Di dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya(kekuasaannya), aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasa’i dan Ahmad) 
6) Membaca Surah Al-Baqarah Di dalam Rumah
“Jangan kamu semua menjadikan rumah-rumah kamu seperti tanah perkuburan, maka sesungguhnya Syaitan lari bertempiaran daripada rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah.” (HR Muslim dan al-Tirmizi daripada hadith Abu Hurairah)
7)Melaungkan Azan Selain itu syaitan juga lari bila azan yang mengandungi lafaz takbir itu dilaungkan.
Sesungguhnya syaitan apabila dikumandangkan azan, ia akan berpaling dan berlari dengan pantas.(Muslim).
Daripada Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya: ”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.” (al-Bukhari)
8) Mengucapkan La Haula Wala Quwwata Illa Billah Apabila Terlupa Sesuatu
Berzikirlah untuk mengingati Allah,  ucaplah kalimah La Haula Wala Quwwata Illa Billah agar Allah melindungi kita daripada gangguan syaitan yang menyebabkan kita lupa.
Mujadilah [19] :Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah;
9) Membaca Dua (2) Qul Sebelum Tidur 
Apabila Rasulullah s.a.w. jatuh sakit kerana disihir, Malaikat Jibril telah menjampi Baginda dengan membaca 2 Qul iaitu Surah An-Nas (Qul a’uzubirabbinnas) dan Al-Falaq (Qul a’uzubirabbil falaq) dan ditiup pada seluruh tubuhnya
Menurut riwayat al-Imam al-Bukhari dari ‘Aisyah r.a. katanya adalah Rasulullah s.a.w. apabila Baginda berada di tempat tidurnya setiap malam beliau menemukan dua tangannya kemudian menghembuskan pada kedua-duanya dan membaca (Qul a’uzubirabbinnas) dan (Qul a’uzubirabbil falaq) kemudian beliau sapukan dengan kedua-dua tapak tangannya semua bahagian tubuhnya yang dapat disapukan olehnya, beliau mulakan di atas kepala dan mukanya dan bahagian hadapan badannya.

Wednesday 21 September 2011

MEMBONGKAR PENAMPILAN DAJJAL SEBAGAI MERLIN

Mungkin satu kebetulan yang dirancang oleh Allah SWT, satu manuskrip lama telah ditemui dan dihimpun didalam teks Inggeris kuno dengan judul The Didot Perceval Anonyang ditulis pada kurun ke-14. Teks ini dipercayai sebagai teks awal yang menjelaskan kisah manusia misteri yang wataknya hampir sama dengan penampilan Dajjal yang saya maksudkan.
Teks-teks lama ini jelas menceritakan mengenai Dajjal yang lahir tanpa bapa, hasil pencatuman benih manusia dengan syaitan, dikenali sebagai anak istimewa, kekal muda, panjang usianya, mempengaruhi sejarah tamadun bangsa Eropah, pembina binaan misteri, seorang dukun agung, bersembunyi di dimensi hibernasi dan akhirmya dikatakan akan kembali untuk memerintah dunia di penghujung zaman. Berikut ditemui kata-kata manusia misteri itu yang tercatat di dalam The Didot Perceval Anon :
Oleh kerana saya tidak dikenali, maka saya akan tetap kekal begini, biarlah sejarah mencatatkan sedemikian dan saya tetap di dalam dunia misteri di mana saya tidak akan menampilkan diri.
Siapakah manusia misteri ini? Watak lelaki misteri ini terpahat di dalam hampir semua lagenda Eropah namun tidak ramai yang mengenalinya. Ya, dialah Merlin The Shaman.
Merlin sungguh mewarisi tradisi purba dan merupakan anak yang istimewa. Di dalam senarai perkara yang dinyatakan, dia dilahirkan dengan pencatuman benih dari alam dunia dan langit, dia dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaan untuk mengalahkan segala cabaran yang mendatang, tampil di dunia dan memukau setiap manusia dengan kemahiran magik dan kedukunannya. Kemudian dia dapat mengubah arah perjalanan dunia sebelum dia pergi ke suatu tempat yang jauh tetapi mesej suaranya masih dapat didengari kita.
Dari mana perkataan ini diperolehi? Susunan ayatnya amat sesuai dengan watak Dajjal. Teks diatas ini dipetik dari teks Inggeris lama yang ditulis pada abad ke-14. Apakah mungkin ia satu kebetulan? Mustahil. Apakah ada alasan lain untuk menghuraikannya? Ketika dunia Islam sibuk mencari Dajjal yang bertubuh besar dan bermata satu, apakah mungkin dia tampil dengan bentuk penyamaran yang mengubah fizikal tubuh dan wajahnya melalui kuasa sihir dan kesaktiannya? Dajjal lahir menerusi pencatuman benih antara manusia dan syaitan.{1} Oleh itu, untuk mengubah penampilannya adalah sesuatu yang tidak mustahil. Dia dapat melakukan penyamaran seperti iblis dan jin yang diberi kuasa untuk merubah bentuk menjadi orang tua, wanita dan budak kecil. Sesuai dengan satu hadith Nabi SAW menyebut bahawa “makhluk halus ini boleh menyerupai apa sahaja tetapi tidak menakutkan.”  John Matthews dalam tulisannya, Merlin : Sharman, Prophet, Magician mengatakan :
Merlin sungguh mewarisi tradisi purba dan merupakan anak yang istimewa. Di dalam senarai perkara yang dinyatakan, dia dilahirkan dengan pencatuman benih dari alam dunia dan langit, dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaan untuk mengalahkan segala cabaran yang mendatang,…”

Merlin a.k.a Dajjal 

Merlin dikatakan bertanggungjawap mendirikan bongkah-bongkah batu Stonehenge, guru kepada King Athur dan perencana zaman keemasan England dan turut merencana kebangkitan rakyat Anglo-Saxon. Dia seolah-olah memuliakan satu bangsa yang hina. Dia dikenali sebagai seorang tua yang hidup dengan penuh magik dan sakti. Ada ketikanya dia diangkat menjadi prophet di kalangan mereka. Watak Merlin mempunyai pengaruh yang besar di dalam sejarah konspirasi zaman baru atau apa yang dikenali sebagai New World dan New Age; ia saling berhubungan. Dia memilih Britain sebagai tapak pelancaran sebuah ‘penipuan agung’.
Kisah Merlin sememangnya membayangi sejarah Britain. Sejarah hidup Merlin dipenuhi dengan misteri. Jika ada yang mengatakan bahawa ia (kisah Merlin) hanya sekadar epik Britain, ketahuilah, bahawa terdapat bukti nyata bahawa merlin ini hidup dan bergaul dengan manusia.
Walau apa pun sejarah hidup Merlin, walau dari mana pun asal usulnya, dia tidak pernah berhenti mengambil tahu hal dunia dan manusia yang menghuninya. Tugasnya yang penuh rahsia di dalam membangunkan sejarah Britain sejak dari zaman Geoffrey of Mommouth hingga Mary Stewart. Sebagai penerahu utama di dalam membina kerajaan Raja Arthur dan pengasanya Meja Bulat, sebagai nabi, pengawas, dan adakalanya sebagai semangat Britain, kemudiannya adalah benar.”{2}
Kira-kira ratusan teks dan karya mengenai riwayat hidupnya ditulis untuk membuktikan bahawa Merlin benar-benar wujud.

Merlin dan King Arthur

Merlin, tukang sihir dan penasihat kepada King Arthur digambarkan sebagai seorang tua berambut panjang, berjanggut dan bermisai. Ciri ini sama seperti gambaran Quetzalcoatl dan Jesus. Merlin yang dikatakan pandai menggunakan sihir, juga dikatakan sebagai guru atau mentor kepada King Arthur.
Ketika zaman pemerintahan  King Arthur, England dikatakan berada di puncak kegemilangan. King Arthur, pedang Excalibur, the Round Table, Lancelot dan Guinevere bukan sekadar epik England tetapi adalah hikayat sejarah yang dikenali umum.

Perincian Karekter Merlin

Dalam satu karya Powys, John Cowper, bertajuk The Merlin of Porius, dinyatakan bahawa Merlin adalah seorang manusia yang huge dan slow earth-man.
Merlin dari Porius adalah sebahagian manusia dan sebahagian tuhan, bertubuh besar, berjalan dengan amat perlahan dan menggemari kehijauan hutan dan bukit adalah karekter Merlin pada suatu ketika dahulu, dia mengabdikan dirinya untuk mendirikan zaman keemasan untuk menyiapkan kemunculan kembali ke bumi, zaman Satum/Cromos, di mana tuhan merestuinya sebagai avatar yang sebenar.
Saiz tubuh Merlin yang besar dari saiz manusia biasa disebut di dalam petikan di atas seolah-olah merujuk kepada kata Tamim ad-Dari; Dajjal seperti gergasi, cekap menangkap isyarat kata, cepat menyampaikan ilmu, luas kefahamannya, dan tidak sabar di dalam urusan dunia. Oleh kerana itu, huraian di atas amat sesuai dengan apa yang disebutkan oleh Tamim ad-Dari.
Berdasarkan kod-kod yang ditinggalkan (pada binaan-binaan), Merlin juga memberi mesej bahawa dia akan kembali di akhir zaman.

Merlin Akan Muncul di Akhir Zaman 

Sheikh Imran Nazar Hosein, penulis buku Jerusalem In The Quran pernah mengatakan bahawa di negara inilah (Britain) Dajjal akan menebarkan penipuannya. benarlah kata-katanya bahawa di sinilah Dajjal akan memulakan perancangan kemunculannya (di akhir zaman). 
Nabi Muhammad SAW telah mengingatkan kita tentang perlepasan Dajjal  sewaktu hayat baginda. Baginda meneruskan dengan berkata apabila Dajjal dibebaskan ke dunia ini, dia akan hidup di muka bumi ini selama 40 hari. Satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti semunggu dan hari-hari seterusnya seperti hari-hari kita.
Analisis yang terkandung di dalam buku ini memberi hujah bahawa, apabila Dajjal berada pada hari yang seperti setahun, British merupakan tanah jajahannya. Dan apabila Dajjal berada pada hari yang seperti sebulan, Amerika Syarikat menjadi tanah pemerintahannya. Dan akhirnya apabila Dajjal berada pada hari yang seperti seminggu, dia pergi balik semula ke tanah suci Israel.
John Matthews dalam Merlin Sharman, Prophet Magician pula menyebut ;
Merlin tidak akan mati bahkan dia tidak akan menzahirkan dirinya yang sebenar dan hanya akan muncul pada akhir zaman…”{3}
Bacalah dengan hati yang terang. Kisah Merlin bukanlah sebuah epik dan bukan dogma atau propaganda Barat. Ia adalah sebuah sejarah aneh yang telah tertulis. Lipatan sejarah silam ini mengesahkan bahawa Merlin memang pernah hidup hidup bersama bangsa Eropah dan kemudian pergi tetapi tidak disebut sebagai sebagai mati. Kini, dia dinantikan sebagai raja yang akan kembali ke dunia.{4} Kajilah sejarah kejatuhan pemerintahan khalifah Turki Uthmaniyah dan pembinaan negara Zionis…
______________________________________