Perlu diingatkan bahawa segala kelebihan yang terdapat pada bacaan atau ayat-ayat tertentu kadangkala tidak berjaya diperolehi dengan hanya beberapa kali bacaan sahaja. Ibarat pisau yang perlu di asah berkali-kali agar dapat digunakan seperti yang kita mahukan.
Begitu jugalah ayat-ayat atau bacaan tertentu perlulah sentiasa diamalkan, dan diulangi sehingga menjadi wirid tetap untuk mendapatkan khasiatnya.
Insya-Allah dengan amalan yang istiqamah, segala kelebihan, khasiat dan keajaibannya akan terbukti apabila kita memerlukannya.
No comments:
Post a Comment