Friday 6 January 2012

KELEBIHAN GARAM

Aplikasi Garam Memulihkan Bentuk

Struktur organ yang lemah akan melemahkan ikatan struktur dan merobohkan bentuk. Antara contoh gejala yang berlaku akibat keruntuhan ialah;


Usus collaps (usus runtuh) - menyebabkan kemandulan akibat rahim terhimpit - menyebabkan perut buncit bagi lelaki.
Hernia - tisu yang menyokong usus masuk ke ruang scrotal (kantung testis).
Selain beberapa gejala ini, terdapat beberapa keadaan yang merungsingkan bagi sesetengah keadaan seperti kejatuhan otot, lemak yang mengelebeh, pipi londeh dan sebagainya. Ia merungsingkan kerana menghilangkan bentuk dan rupa yang cantik. Sebenarnya selain kehilangan rupa yang cantik, perkara yang utama ialah ia menggambarkan kemerosotan keihatan dan tanda kekurangan bunyi untuk megekalkan bentuk.

Garam biasa diperoleh melalui air minuman atau makanan yang mengandungi kandungan mineral alkali yang tinggi.

Mengamalkan garam dapat mengatasi masalah terjadinya keloid, menaikkan otot tubuh dan otot wajah (face lift), mengatasi hernia dan sebagainya.

Mengambil garam atau mineral ringan (mineral beralkali) akan membantu mengekalkan awet muda dan mengatasi masalah kehilangan bentuk akibat kehilangan bunyi.

Mandian Garam

Dalam kaedah Hidrotherapy Ice, garam turut diletakkan sebagai salah satu bahan untuk melengkapkan proses rawatan ini. Sebagai amalan biasa, kita boleh meletakkan segenggam garam kasar di dalam kolah mandi untuk mendapat manfaat kesegaran dan kesihatan di samping mengembalikan bentuk tubuh.

Bunyi Membentuk dan Memusnahkan

Bunyi boleh membentuk, tetapi juga juga boleh memusnahkan. Sebenarnya bentuk sentiasa diperbaharui. Oleh itu, bentuk yang lama akan sentiasa diperbaharui kepada yang baru. Ia akan mengakibatkan bentuk yang lama dimusnahkan.

Sifat malas, suka beristirehat berlebihan, kurang berfikir secara kreatif ialah keadaan yang akan menghilangkan tenaga bunyi di dalam tubuh. Oleh itu, tubuh akan kehilangan bentuk.

Bentuk tubuh manusia yang semulajadi akan cantik bersama pemikiran yang mulia.

Bentuk Tubuh

Keemua jisim perbentuk melalui ikatan secara bergiga-tiga (membentu segitiga) secara berterusan. Semakin sempurna pembentukan setiga itu maka semakin sempurna bentuk sesuatu jisim.

Pembentukan yang lengkap akan membentuk RNA - DNA - Kromosom - Nukleus sehinggalah ke sel dan tubuh keseluruhan. Segalanya bermula daripada ikatan molekul secara bertiga-tiga.

Keunikan Bunyi Pada Wanita

Wanita mempunyai beberapa keadaan yang sungguh unik. Bentuk tubuh wanita pula amat mudah tercemar dalam keadaan atmosfera luar rumah. Semakin tubuh itu dilindungi bentuknya, maka semakin kekal bentuk semulajadi tubuh. Tetapi semakin rupa tubuh didedahkan, maka semakin mudah ia dipengaruhi oleh aliran elektromagnetik dalam bentuk bunyi persekitaran

No comments:

Post a Comment