Friday 23 September 2011

SEKADAR PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI

Setiap kali ayah balik dari kuliah pagi di Pondok Haji Salleh pada setiap hari Jumaat ayah dan mak selalu berbincang tentang apa yang disampaikan oleh Tuan Guru Haji Salleh. Kami tumpang mendengar dan sedikit sebanyak dapat juga ilmu walaupun tak sepenuhnya. Tapi bila sudah dewasa macam ni lebih suka buat kajian sendiri melalui buku-buku dan internet dan buat perbandingan semula.  Selalunya yang lebih tepat adalah apa yang disampaikan oleh para ulama kerana ketinggian ilmu mereka dalam ilmu tafsir Al-Quran dan Hadis-Hadis sahih memang tidak dapat dipertikaikan. Jika ada yang tak faham  ayahlah tempat rujukan. 

Selalu dengar ayah bercerita tentang ketibaan Dajjal dan kejahatannya. Tentang Yakjud dan Makjud dan macam-macam lagi. Dunia sudah menjadi amat terbuka sekarang.  Ilmu dan info boleh dapat di hujung jari. Tapi sedikit masa lagi  apabila hari kiamat benar-benar sudah hampir kita akan kembali semula ke zaman purba kala atau "back to ancient". Kita hilang segala-galanya. Semua teknologi akan musnah. Tiada lagi telefon, tiada lagi setelit, tiada internet dan punah segalanya. Baca petikan di bawah ini,

Benarlah kata-kata RASULULLAH s.a.w bahawa satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno, menunggang kuda sebagai satu medium pengangkutan…

Sebab itulah di dalam blog ini  saya banyak memaparkan tentang kewujudan Imam Mahdi, Dajjal dan kejadian-kejadian yang bakal terjadi di masa depan walaupun pada mulanya tujuan sebenar untuk  menjadikan blog ini sebagai "kotak simpanan" saya sahaja. Bukan taksub pada kejadian masa depan tapi hanya sebagai peringatan untuk diri sendiri sahaja.

NOOR

No comments:

Post a Comment