Friday 21 October 2011

Berpuasa 10 Muharam - Pendapat Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyyah: Susunan (kelebihan) puasanya ada tiga, yang paling sempurna ialah puasa (dimulakan) sehari sebelumnya dan sehari selepasnya, berikutnya (boleh juga) puasa pada hari kesembilan (Tasu’aa) dan kesepuluh (‘Asyura), terdapat banyak hadis dalam perkara ini, berikutnya pula (boleh juga) puasa pada 10 Muharam sahaja. – Rujuk Zaad al-Ma’ad.
Rasulullah s.a.w. tidak pernah memerintahkan amalan ibadah lain untuk dikhususkan sempena hari Asyura melainkan ibadah berpuasa sebegini sahaja.
Oleh itu sebaik-baiknya kita berusaha untuk mengamalkan sunah Nabi s.a.w.

No comments:

Post a Comment