Friday 29 July 2011

Tafsir mimpi

Tanda paling mudah, ialah mimpi tertentu yang boleh kita tafsir sendiri, apabila kita terambil ilmu2 yang menyekat amal kita. Atau secara kasarnya, ilmu sesat.
   
TANDA-TANDA ILMU MENYEKAT AMALAN - DALAM MIMPI

Mimpi tersebut, biasanya menunjukkan air tersekat:
  1. Mandi dalam tub
  2. Mandi guna air dalam baldi
  3. Air dalam lopak
  4. Air dalam cawan yang kita pegang 
  5. Air dalam jag kaca atau jag plastik (biasanya mimpi jag bergoncang setelah tahlil Yasin ramai-ramai untuk pesakit)
  6. Mandi guna air dalam kolam (kadangkala ini mungkin juga mimpi kena sihir)
  7. Kegelapan
  8. Kalau mimpi kegelapan dengan muka lobang2 macam cheese, tu tanda amalan niyat jahat. Shocked
MENGENALPASTI PEMBEKAL-PEMBEKAL ILMU SALAH

Untuk memudahkan kita mengetahui apa amalan-nya, sebaiknya:
Semak semua amalan terutama yang melibatkan mantera Melayu,
Periksa barang peribadi manatahu tersimpan seperti:

   1.Tangkal2,
   2.Tahi besi
   3.Cincin2 perguruan
   4. Etc.  

Semak apa2 ilmu yang diambil semasa muda, seperti silat2 yang ada ujian kebal
Semak apa2 ilmu yang diwarisi dari saudara-mara atau orang2 tua kita yang aktif sebagai bomoh atau pawang

Selain itu bacalah Surah al-Kauthar 21x untuk memohon mimpi petunjuk, insyALLAH

BERSIHKAN DIRI ZAHIR DAN BATIN

Sebagai cara menawarkan ilmu2 tersebut:
  1. Mandi air Yasin tahlil masjid selama 7 hari berturut2. Air Yasin dicampur 5 biji limau purut. Sebaiknya jemaah yang baca 21x orang atau lebih
  2. Baca Surah al-Baqarah 1x atau Surah Yasin 3x setiap hari
  3. Lakukan qiamulail selama 7 malam berturut-turut, sebaiknya bersamaan dengan mandi air Yasin

Petua menambah Rezeki

Dalam pada ghairah dengan kerjaya masing-masing, ada petua yang boleh diamalkan bagi menambah rezeki kekayaan anda. Antaranya;


1. Rajin bersedekah.

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud;

"Hendaklah kamu semua mengharapkan turunnya rezeki dengan bersedekah."

2. Bangun tidur awal pada waktu pagi.

3. Bermanis muka.

4. Berbicara dengan baik dan berfaedah.

Meninggalkan sikap suka berborak kosong dan membicarakan hal-hal yang tak berfaedah langsung.

5. Rajin menyapu dan membersihkan halaman rumah dan tempat-tempat lain dalam rumah.

6. Elakkan selalu duduk dengan para wanita kecuali anda mempunyai hajat tertentu.

7. Mempunyai bakat tulisan yang indah.

Tulisan yang indah merupakan kunci rezeki yang menyebabkan terbukanya pintu rezeki.

Thursday 28 July 2011

Kembali Pada Tuhan (Khasiat Al-Fatihah)

1. SURAH AL-FATIHAH

Untuk mendapatkan zuriat, pangkat, rezeki, melepaskan hutang, hajat, kekuatan zahir & batin, dan sebagainya wiridkanlah surah ini sebanyak 41 kali di antara solat sunat subuh dan solat fardhu subuh. Sebaik-baiknya diamalkan selama 40 hari. Insya-Allah berhasil.
Untuk Murah Rezeki, bacalah Surah Al-Fatihah 7 kali, Surah Al-Ikhlas 7 kali, Surah Al-Falaq 7 kali dan surah An-Nas 7 kali selepas solat fardhu jumaat (sebelum mengubah kedudukan selepas memberi salam). Insya-Allah di ampunkan dosa-dosanya, terpelihara dan aman sehingga jumaat akan datang serta dilimpahi rezeki yang tidak terhingga Insya-Allah.
Untuk pendinding ketika tidur, bacalah bacalah Surah Al-Fatihah 1 kali, Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq 1 kali dan surah An-Nas 1 kali sebelum tidur. Insya-Allah terpelihara dari mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka.

1. SOLAT DHUHA
Kerahmatan Allah terhadap hamba²-Nya apabila alam ini berada di waktu fajar. Di ketika inilah kurniaan Allah melimpah ruah hingga menjadikan manusia hidup di dalam kesenangan dan kemewahan. Justru itulah manusia yang menjadikan dirinya sebagai hamba Allah berkewajipan menyatakan rasa syukurnya yang tidak terhingga ke hadrat Allah. Di sini bertambah²nya rahmat dan kemurahan rezeki ke atas hamba²-Nya.

Ketahuilah fajar itu adalah cahaya pertama yang dapat dilihat di ufuk timur pada waktu pagi. Fajar ini terbahagi kepada dua keadaan:

1. Fajar yang pasti ialah yang nampak padanya sinar halus agak nipis menjulang tinggi ke atas tanpa perintang ini adalah fajar yang tidak mengharamkan makan dan minum bagi orang yang berpuasa.
2. Fajar yang pasti ialah yang melintang cahayanya di arah yang sama. Maka selepas fajar menyingsing maka datangnya waktu Dhuha. Waktu ini bermula sejak matahari terbit hingga masuknya waktu Zuhur. Dalam pengertian ilmu fiqih waktu Dhuha itu sejak tingginya matahari lebih kurang satu galah. Dengan adanya waktu Dhuha itu maka Rasulullah sangat menganjurkan kita mengerjakan sholat sunatnya sebanyak dua atau empat, delapan dan dua belas rakaat, meskipun sholat ini hukumnya hanyalah sunat saja tetapi amat digalakkan agar kita mengerjakannya.

Sebagaimana yang disebut dari Abu Zaid r.a katanya; “Rasulullah SAW melaksanakan sholat Dhuha sehingga kita mengira beliau tidak meninggalkannya tetapi jika telah meninggalkannya sehingga kita mengira bahwa beliau tidak pernah mengerjakannya.”

Demikianlah kesungguhan Rasulullah SAW mengerjakan sholat Dhuha yang ia lakukan meskipun hanya ibadah sunat saja. Kalaulah itu keadaannya Rasulullah SAW maka kita sebagai umatnya juga perlu mengerjakan sebagai tanda kecintaan kita terhadap-Nya di samping ada faedah dan manfaatnya.

Khasiat dan Fadilat

Sebagaimana yang kita fahami bahwa setiap amalan yang disukai dan yang dilakukan oleh Rasulullah terkandung banyak hikmat dan fadilatnya. Begitu juga dengan fadilat bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha secara istiqamah.

Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Siapa saja yang dapat mengerjakan sholat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”
Rasulullah bersabda lagi,
“Sholat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara sholat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”

Dari Nuwas bin Sama’an, Rasulullah bersabda:
“Allah berfirman: Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (yakni sholat Dhuha), nanti pastiakan Kucukupkan keperluanmu pada petang harinya.”

Sementara itu di dalam hadits yang lain Rasulullah bersabda:
“Hendaklah masing-masing tiap-tiap pagi bersedekah untuk persediaan badannya. Maka tiap kali bacaan tasbih itu sedekah, setiap tahmid, setiap takbir juga sedekah, menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan itu sedekah dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan sholat Dhuda dua rakaat.” (Ahmad Muslim danAbu Daud)


PANDUAN

(1) Setiap kali sujud akhir solat dhuha (sebelum duduk tahiyat), bacalah Ya Wahhab sebanyak 41 kali, Insya-Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak dan peluang akan datang dengan mudah. (Al-Wahhab ertinya Maha Pemberi)

(2) Setiap kali selesai 2 rakaat solat dhuha, angkat tangan berdoa dengan bacaan Ya Basith sebanyak 10 kali dan kemudian sapu tangan ke muka. Allah SWT akan menghantar barakah dalam bentuk makanan. Walau sedikit manapun makanan, insya-Allah pasti cukup untuk seisi keluarga. (Al-Basith ertinya Maha Pelapang hidup)

(3) Doa Selepas Solat Dhuha


Ya Allah, bahwasanya waktu dhuha itu adalah waktu-Mu
Dan keagungan itu adalah keagungan-Mu
Dan keindahan itu adalah keindahan-Mu
Dan kekuatan itu adalah kekuatan-Mu
Dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu
Ya Allah,
Jika memang rizkiku masih di atas langit,
Maka turunkanlah ia,
Jika masih di dalam bumi,
Maka keluarkanlah ia,
Jika masih sukar,
Maka mudahkanlah ia,
Jika (ternyata) haram,
Maka sucikanlah ia,
Jika masih jauh,
maka dekatkanlah ia
Berkat waktu dhuha-Mu,
Keagungan-Mu,
Keindahan-Mu,
Kekuatan dan kekuasaan-Mu,
Limpahkanlah kepada kami segala apa yang telah Engkau limpahkan
kepada hamba-hamba-Mu yang sholeh.
Dan berkatilah Rahmat atas Nabi Muhammad atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.
Di dalam hadits yang lain pula diterangkan seperti berikut:

“Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan,”Dhuha.” Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan sholat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah.” (Al-Tabrani)


Sumber: Khasiat dan Fadhilat Ayat-ayat Al-Quran, oleh Abu Al-Baqir Al-Burhami, Terbitan Al-Baqir Enterprise.
http://ahmadzaki.files.wordpress.com/

Kembali Pada Tuhan (Amalan Zikir)

Perlu diingatkan bahawa segala kelebihan yang terdapat pada bacaan atau ayat-ayat tertentu kadangkala tidak berjaya diperolehi dengan hanya beberapa kali bacaan sahaja. Ibarat pisau yang perlu di asah berkali-kali agar dapat digunakan seperti yang kita mahukan.

Begitu jugalah ayat-ayat atau bacaan tertentu perlulah sentiasa diamalkan, dan diulangi sehingga menjadi wirid tetap untuk mendapatkan khasiatnya.

Insya-Allah dengan amalan yang istiqamah, segala kelebihan, khasiat dan keajaibannya akan terbukti apabila kita memerlukannya.

Cara Diet Makanan Menurut Islam

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU; contoh COCTAIL

Kesimpulannya:

1) Tidak boleh makanan laut dan darat dimakan bersama, 
2) Susu juga tidak boleh di makan bersama ikan, daging, cuka dan buah,
3) Di bawah ini saya telah ringkaskan makanan yang tidak digalakkan makan bersama;

TIDAK BOLEH

SUSU+ DAGING 

DAGING + IKAN

IKAN + SUSU

AYAM + SUSU

Cara Diet makanan Menurut Islam

IKAN + TELUR

IKAN + DAUN SALAD

SUSU + CUKA

BUAH + SUSU


CARA MAKAN

  • Makan BUAH dahulu sebelum makan NASI
  • Jangan tidur selepas makan, sekurang-kurangnya tunggu 1-2 jam
  • Jangan makan pada waktu lewat malam


Sumber
http://habatussaudamadinah.blogspot.com/

Kembalilah Pada Tuhan (Zikir - Asmaul Husna)

Zikir

1. YA HAYYU YA QAYYUM

Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum atau Ya Hayyul Qayyum, ia akan membantu anda dalam banyak perkara. Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum 1000 kali setiap hari selepas solat isyak, khasiatnya seperti berikut:

a) Orang akan mematuhi kata-kata anda dan mengikut perbuatan anda

b) Anda akan kaya dengan wang dan kebijaksanaan

c) Anda akan menjadi orang yang riang dan dapat mempengaruhi orang dengan keriangan anda. Ini tentu dapat membantu orang lain melupakan kesedihan mereka.

d) Perlindungan dari bencana-bencana seperti gempa bumi, banjir, kemalangan, terkandas ketika pelayaran di laut, Isteri terkandas, Anak-anak tidak menurut kata, ataupun masalah perniagaan atau kewangan dan sebagainya.

e) Di hindari dari ditipu, diperguna dan dielakkan dari musuh.

f) Di sukai orang

Sebaik-baiknya bacalah doa berikut selepas selesai berzikir Ya Hayyu Ya Qayyum 1000 kali




Ya Hayyu Ya Qayyum, Yang menghidupkan, hidupkanlah hatiku, rezekiku, agamaku dan duniaku.
Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu, Ya Hayyu bersaksi semua yang hidup, Engkaulah yang memberi nyawa dan memberi kehidupan kepada yang hidup.
Yang Hidup dan Yang Mematikan yang hidup. Yang Hidup, tidak ada sekutu bagi-Mu. Allah yang Maha Hidup, aku meminta dengan Hayat-Mu bersaksikan semua yang hidup dan dengan Hayat-Mu yang memberi nyawa kepada semua yang hidup dan dengan Hayat-Mu yang mematikan semua yang hidup.
Ya Hayyu Ya Qayyum, Yang Maha Memiliki Keagungan, selesaikanlah segala masalahku, kabulkan permintaanku, berilah cahaya kepada jiwaku, cukupkanlah segala kekuranganku. Yang Maha mengetahui keadaanku dan tidak pernah kekurangan dari apa yang kupohon, tiada kuasa melainkan Engkau.
Ya Hayyu Ya Qayyum, perkenankanlah permintaanku dan hajatku dengan segera, kabulkanlah doaku. Permudahkanlah rezekiku, dan permudahkanlah segala urusanku dengan hamba-hamba-Mu. Berilah daku rezeki yang banyak dan berkekalan, lanjutkanlah usiaku agar daku dapat beribadat kepada-Mu. Sudahilah hayatku dengan iman yang sempurna dan Husnul Khatimah.
Daku telah menyeru-Mu dengan nama-nama-Mu yang terdahulu. Berilah kejayaan kepada mereka yang inginkan kejayaan, dan berilah kemusnahan kepada mereka yang berbuat kerosakan.
Ya Hayyu Ya Qayyum (11 kali)
Kabulkanlah permintaanku, lepaskan kami dari kebimbangan sebagaimana Engkau membebaskan orang-orang mukmin.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabatnya dan perlindungan kepada mereka semua. Segala puji bagi Allah Pencipta Alam Semesta.

Sumber: Zikir Asmaul Husna, oleh Hassan Mia, Terbitan Darul Nu’man.
.
2. YA AHAD YA WAHID
Dalam kehidupan ini, kita sentiasa dihimpit kesusahan dan ada orang yang hidupnya lebih dipenuhi masalah dari merasa ketenangan dan kebahagiaan. Oleh itu, Bacalah Ya Ahad Ya Wahid 1000 kali ketika dalam kesusahan, insya-Allah mereka akan mendapat jalan keluar.
Sumber: Zikir Asmaul Husna, oleh Hassan Mia, Terbitan Darul Nu’man.
.
3. YA KARIM
Bacalah Ya Karim 100 kali, insya-Allah anda akan terhindar dari penyakit, kemiskinan dan suatu yang membimbangkan. Segala doa anda juga akan diterima.
Sumber: Zikir Asmaul Husna, oleh Hassan Mia, Terbitan Darul Nu’man.
.
4. YA WAKIL
Bacalah Ya Wakil 66 kali sehari (atau lebih), insya-Allah anda akan mendapat kekayaan yang banyak serta dibukakan pintu kebaikan dan rezeki.
Sumber: Zikir Asmaul Husna, oleh Hassan Mia, Terbitan Darul Nu’man.
.
5. YA MALIK
Bacalah Ya Malik 121 kali setiap pagi selepas Subuh , insya-Allah anda tidak akan perlu meminta-minta daripada orang lain kerana Alllah SWT akan memenuhi keperluan anda.

Dipetik dari : http://ahmadzaki.wordpress.com/amalan-pilihan/
Sumber: Zikir Asmaul Husna, oleh Hassan Mia, Terbitan Darul Nu’man.

Wednesday 27 July 2011

Perkongsian Ilmu (Imam Mahdi dan kiamat)

Imam Mahdi Dan Kiamat

Para ulama membahagikan tanda-tanda Akhir Zaman menjadi dua. Ada Tanda-tanda Kecil dan ada Tanda-tanda Besar Akhir Zaman. Tanda-tanda Kecil jumlahnya sangat banyak dan datang terlebih dahulu. Sedangkan Tanda-tanda Besar datang kemudian jumlahnya ada sepuluh. Alhamdulillah, Allah sayang sama umat manusia. Sehingga Allah datangkan tanda-tanda kecil dalam jumlah banyak sebelum datangnya tanda-tanda besar. Dengan demikian manusia diberi kesempatan cukup lama untuk merenung dan bertaubat sebelum tanda-tanda besar berdatangan.
Banyak pendapat mengatakan bahwa kondisi dunia dewasa ini berada di ambang datangnya tanda-tanda besar Kiamat. Karena di masa kita hidup dewasa ini sudah sedemikian banyak tanda-tanda kecil yang bermunculan. Praktis hampir seluruh tanda-tanda kecil kiamat yang disebutkan oleh Nabishollallahu ’alaih wa sallamsudah muncul semua di zaman kita. Maka kedatangan tanda-tanda besar tersebut hanya masalah waktu. Tanda besar pertama yang bakal datang ialah keluarnya Dajjal. Namun sebagian ulama berpendapat bahwa sebelum munculnya Dajjal harus datang terlebih dahulu Tanda Penghubung antara tanda-tanda kecil kiamat dengan tanda-tanda besarnya. Tanda Penghubung dimaksud ialah diutusnya Imam Mahdi ke muka bumi.

Dalam sebuah hadits Nabishollallahu ’alaih wa sallam mengisyaratkan bahawa Imam Mahdi pasti datang di akhir zaman. Ia akan memimpin ummat Islam keluar dari kegelapan kezaliman dan kesewenang-wenangan menuju cahaya keadilan dan kejujuran yang menerangi dunia seluruhnya. Ia akan menghantarkan kita meninggalkan babak keempat era para penguasa diktator yang memaksakan kehendak dan mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya dewasa ini menuju babak kelima yaitu tegaknya kembali kekhalifahan Islam yang mengikuti manhaj, sistem atau metode Kenabian.
لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنْ الدُّنْيَا إِلَّا يَوْمٌ لَطَوَّلَ اللَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ حَتَّى يَبْعَثَ فِيهِ
رجل مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمُ أَبِي
يَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا

“Andaikan dunia tinggal sehari sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahli baitku namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku. Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.” (HR abu Dawud 9435)

Lelaki keturunan Nabi Muhammadshollallahu ’alaih wa sallam tersebut adalah Imam Mahdi. Ia akan diizinkan Allah untuk merubah keadaan dunia yang penuh kezaliman dan penganiayaan menjadi penuh kejujuran dan keadilan. Subhanallah…! Beliau tentunya tidak akan mengajak ummat Islam berpindah babak melalui perjalanan tenang dan senang laksana melewati taman-taman bunga indah atau melalui meja perundingan dengan penguasa zalim dewasa ini apalagi dengan mengandalkan sekadar ”permainan kotak suara”..! Imam Mahdi akan mengantarkan ummat Islam menuju babak Khilafatun ’ala Minhaj An-Nubuwwah melalui jalan yang telah ditempuh Nabi Muhammadshollallahu ’alaih wa sallamdan para sahabatnya, yaitu melalui al-jihad fisabilillah.

Imam Mahdi akan berperan sebagai panglima perang ummat Islam di akhir zaman. Beliau akan mengajak ummat Islam untuk memerangi para Mulkan Jabriyyan (Para Penguasa Diktator) yang telah lama bercokol di berbagai negeri-negeri di dunia menjalankan kekuasaan dengan ideologi penghambaan manusia kepada sesama manusia. Bila Allah mengizinkan Imam Mahdi untuk menang dalam berbagai perang yang dipimpinnya, maka pada akhirnya ia akan memimpin dengan pola kepemimpinan berideologi aqidah Tauhid, yaitu penghambaan manusia kepada Allah semata. Banyak ghazawat (perang) akan dipimpin Imam Mahdi. Dan –subhaanallah- Allah akan senantiasa menjanjikan kemenangan baginya.

تَغْزُونَ جَزِيرَةَ الْعَرَبِ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ فَارِسَ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ
ثُمَّ تَغْزُونَ الرُّومَ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ تَغْزُونَ الدَّجَّالَ فَيَفْتَحُهُ اللَّهُ

“Kalian perangi jazirah Arab dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian Persia (Iran), dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Rum, dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Dajjal,dan Allah beri kalian kemenangan.” (HR Muslim 5161)

Lalu apa sajakah indikasi kedatangan Imam Mahdi? Dalam sebuah hadits Nabishollallahu ’alaih wa sallammemberikan gambaran umum indikasi kedatangan Imam Mahdi. Ia akan diutus ke muka bumi bilamana perselisihan antar-manusia telah menggejala hebat dan banyak gempa-gempa terjadi. Dan kedua fenomena sosial dan fenomena alam ini telah menjadi semarak di berbagai negeri dewasa ini.

أُبَشِّرُكُمْ بِالْمَهْدِيِّ يُبْعَثُ فِي أُمَّتِي عَلَى اخْتِلَافٍ مِنْ النَّاسِ
وَزَلَازِلَ فَيَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا

“Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antar-manusia dan gempa-gempa. Ia akan penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad 10898)

Hadits berikut ini bahkan memberikan kita gambaran bahwa kedatangan Imam Mahdi akan disertai tiga peristiwa penting. Pertama,perselisihan berkepanjangan sesudah kematianseorang pemimpin. Kedua, dibai’atnya seorang lelaki (Imam Mahdi) secara paksa di depan Ka’bah. Ketiga, terbenamnya pasukan yang ditugaskan untuk menangkap Imam Mahdi dan orang-orang yang berbai’at kepadanya. Allah benamkan seluruh pasukan itu kecuali disisakan satu atau dua orang untuk melaporkan kepada penguasa zalim yang memberikan mereka perintah untuk menangkap Imam Mahdi.

يَكُونُ اخْتِلَافٌ عِنْدَ مَوْتِ خَلِيفَةٍ فَيَخْرُجُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ هَارِبًا إِلَى مَكَّةَ فَيَأْتِيهِنَاسٌ مِنْ أَهْلِ مَكَّةَ فَيُخْرِجُونَهُ وَهُوَ كَارِهٌ فَيُبَايِعُونَهُ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ
وَيُبْعَثُ إِلَيْهِ بَعْثٌ مِنْ أَهْلِ الشَّامِ فَيُخْسَفُ بِهِمْ بِالْبَيْدَاءِ بَيْنَ مَكَّةَ وَالْمَدِينَةِ

“Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Mekkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Mekkah, lalu mereka membai’at Imam Mahdi secara paksa, maka ia dibai’at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Ka’bah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Mekkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud 3737)

Saudaraku, sebagian pengamat tanda-tanda akhir zaman beranggapan bahwa indikasi yang pertama telah terjadi, yaitu perselisihan dan kekacauan yang timbul sesudah wafatnya seorang pemimpin. Siapakah pemimpin yang telah wafat itu? Sebagian berspekulasi bahwa yang dimaksud adalah Saddam Husein. Karena semenjak kematiannya, negeri Irak berada dalam kekacauan berkepanjangan. Wallahua’lam bish-showwab. Bila analisa ini benar berarti dewasa ini kita sudah harus bersiap-siap untuk berlangsungnya pembai’atan paksa Imam Mahdi di depan Ka’bah.

Saudaraku, bila ketiga peristiwa di atas telah terjadi, berarti Ummat Islam di seluruh penjuru dunia menjadi tahu bahwa Imam Mahdi telah datang diutus ke muka bumi. Panglima ummat Islam di Akhir Zaman telah hadir.. . Dan bila ini telah menjadi jelas kitapun terikat dengan pesan Nabishollallahu ’alaih wa sallamsebagai berikut:

فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ فَإِنَّهُ خَلِيفَةُ اللَّهِ الْمَهْدِيُّ

“Ketika kalian melihatnya (kehadiran Imam Mahdi), maka berbai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salju karena sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Abu Dawud 4074)

Ya Allah, izinkanlah kami bergabung dengan pasukan Imam Mahdi. Ya Allah anugerahkanlah kami rezeki untuk berjihad di jalanMu bersama Imam Mahdi lalu memperoleh salah satu dari dua kebaikan: ’isy kariman (hidup mulia di bawah naungan syariat Allah) atau mut syahidan (mati syahid)


Nabi Muhammad pernah berkata:
"Jika kamu semua melihat PANJI-PANJI HITAM datang dari arah Khurasan,
maka sambutlah mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji.
Sesungguhnya di tengah panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk.
Maksudnya ialah Al-Masih Mahdi.
(Hadis Riwayat Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)


Sumber

Monday 25 July 2011

Bersediakah Kita Dengan Ketibaan Dajjal.

Pendapat Ketibaan Dajjal Berdasarkan kajian HadisSabda Rasulullah SAW yg bermaksud:
"Setiap Nabi telah memberi amaran kepada kaum2 mereka sendiri mengenai Dajjal. Begitu juga Nabi Nuh telah memberi amaran kepada kaumnya. Tapi aku akan memberitahu kepada kamu semua apa yang tidak pernah dikatakan oleh Nabi2 sebelumku. Sesungguhnya Dajjal itu melihat dengan satu mata, (yakni) mata kirinya dan buta di sebelah mata kanannya yang kelihatan seperti sebiji anggur yang terapung. Tapi Tuhan kamu tidaklah bermata satu. Di antara matanya iaitu dahinya tertulis perkataan KAFIR. Dan sesungguhnya setiap mukmin dapat membacanya (melihatnya)"



Dalam hadits An-Nawwas bin Sam’an radhiyallahu ‘anhu disebutkan:

قُلْنَا: يَا رَسُوْلَ اللهِ وَمَا لَبْثُهُ فِي اْلأَرْضِ؟ قَالَ: أَرْبَعُوْنَ يَوْمًا، يَوْمٌ كَسَنَةٍ وَيَوْمٌ كَشَهْرٍ وَيَوْمٌ كَجُمُعَةٍ وَسَائِرُ أَيَّامِهِ كَأَيَّامِكُمْ

“Kami berkata: ‘Ya Rasulullah berapa lama Dajjal tinggal di bumi?’ Rasulullah berkata: ‘40 hari. Satu hari seperti satu tahun kemudian seperti sebulan kemudian seperti seminggu kemudian hari-hari lain seperti hari kalian sekarang’.”

Mari kita mengkaji Hadis ini

1) Ketibaan DajjalApabila Dajjal dibebaskan ke dunia ini, dia akan hidup di atas muka bumi selama 40 hari sebagaimana Hadis di atas:

1 hari seperti 1 tahun
1 hari seperti 1 bulan
1 hari seperti 1 minggu

dan hari-hari seterusnya adalah seperti hari biasa kita

Dalam surah al-Hajj ayat ke-47 (sila buka tafsir)
1 hari di sisi Allah adalah bersamaan 1000 tahun di dunia kita.

1 Hari = 1000 tahun

Jadi untuk memahami mengapa Nabi SAW bersabda sedemikian,mari kita lakukan sedikit pengiraan matematik mudah.

(1000 tahun kita) / (1 tahun) = 1000 tahun
(1000 tahun kita) / (12 bulan) = 83.33 tahun
(1000 tahun kita) / (52 minggu) = 19.23 tahun

Dalam video di bawah ini ada menerangkan:

Pada waktu 1 hari seperti 1 tahun - Britain merupakan ibu pejabat pemerintahan Dajjal.

Pada waktu 1 hari seperti 1 bulan - Amerika merupakan ibu pejabat pemerintahan Dajjal.
Pada waktu 1 hari seperti 1 minggu - Israel menjadi ibu pejabat pemerintahan Dajjal.

Jika diteliti sejarah, kerajaan Britain mula wujud pada tahun 900 Masihi.
1 hari = 1000 tahun, maka Britain berkuasa sehingga (900 + 1000) = 1900

Selepas Britain menyerahkan kuasa kepada Amerika Syarikat,maka Amerika Syarikat akan berkuasa selama 83.33 tahun..maka lebih kurang sehingga tahun 2000.


Kemudian Amerika akan mula menyerahkan kuasa pemerintahan mereka kepada Rejim Zionist di Israel. Mereka pula dijangka berkuasa selama +- 20 tahun.


Jadi sekarang merupakan waktu peralihan kuasa Dunia dari Amerika kepada Israel. Kita cuma boleh menjangkakan Israel berkuasa selama lebih kurang 20 tahun jika kiraan di atas adalah tepat atau hampir tepat (kerana hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui tarikh2 sebenar)..dijangka tahun 2020, Dajjal akan muncul untuk membuat kacau di dunia ini ???

2) Kemunculan Imam Mahdi

Tapi kita perlu ingat, Imam Mahdi yg akan muncul dahulu sebelum kemunculan Dajjal. Apa yg menariknya mengenai Imam Mahdi ini ialah bapanya merupakan keturunan Rasulullah SAW di mana kita sedia maklum bahawa Rasulullah berketurunan Nabi Ismail,manakala ibu kepada Imam Mahdi pula berketurunan Nabi Ishak, iaitu saudara sebapa Nabi Ismail. Kedua2 Nabi Ismail & Nabi Ishak merupakan anak Nabi Ibrahim. Jadi Imam Mahdi merupakan hasil pertemuan dua keturunan mulia yang penuh sejarah2 murni.

Maksud hadith:
Rasulullah pernah bersabda,"sekiranya dunia ini akan tamat, dan hanya ada sehari sahaja lagi sebelum penamat, maka nescaya Allah akan panjangkan hari itu sepanjang2nya sehingga muncul seorang pemuda dari ahli keluargaku (keturunan). Dia akan menghapuskan segala kezaliman di muka bumi ini.

Dipercayai bahawa Imam Mahdi berkemungkinan sudah hidup di muka bumi ini berumur dalam lingkungan 20-30 tahun (sekiranya kiraan Matematik itu benar). Perlu diingat bahawa Imam Mahdi tidak mengetahui bahawa dirinya adalah Imam Mahdi yang dinanti2kan selama ini..Ini kerana menurut jangkaan, tahun 2020 merupakan penamat bagi FASA KE-3 PEMERINTAHAN DAJJAL (1 hari = 1 minggu). Sekiranya benar kiraan tersebut, maka lelaki yg berumur 20-30 tahun pada masa sekarang berkemungkinan merupakan Imam Mahdi yg kita nanti2kan.

Kemudian akan turunnya al-Masih Dajjal yg cuba untuk membuat kerosakan di muka bumi ini dan kemudian turunnya Nabi Isa a.s. bergabung tenaga dengan Imam Mahdi untuk menghancurkan

 al-Masih Dajjal!!


Perkiraan ini hanyalah sekadar teori...benar atau salah..TUNGGU DAN LIHAT..

Perkongsian Ilmu (Kelebihan Selawat)

Kelebihan Selawat Ke atas Nabi

“Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).

 “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tigapuluh untuk dunianya. ” (Riwayat Ibnu Majar dan Jabir).

Perkongsian Ilmu (Zon Kebijaksanaan)

ZON KEBIJAKSANAAN


Kebijaksanaan boleh ditolokbandingkan. Setiap bahagian otak mengawal deria yang berbeza. Oleh itu, untuk mengenal dan merawat sesuatu bahagian otak, ia boleh diketahui daripada bahagian deria. Cuba perhatikan sama ada anda memiliki kesemua kebijaksanaan ini atau beberapa sahaja. Jika sesuatu deria itu lemah, maka terdapat kelemahan untuk sesuatu zon kebijaksanaan.


Mengkaji kebijaksanaan adalah langkah untuk menyelesaikan masalah karektor dan pencapaian dalam taraf hidup dan akademik terutama bagi kalangan kanak-kanak. Kajian ini juga akan membantu merawat beberapa symptom yang berkaitan perkembangan minda kanak-kanak seperti ADHD, ADD, Disleksia, Autism, Impulsiviti, Merajuk, Meradang Berlebihan, Menangis Berlebihan, Kemurungan dan sebagainya. Ganggauan minda kanak-kanak atau biasanya disebut kanak-kanak bermasalah sebenarnya cuma disebabkan oleh kelemahan yang berlaku di sekitar kawasan otak dan berpotensi dirawat, selagi ia tidak spestik (kecederaan tisu atau kecacatan kekal).


Kebijaksanaan Nuturalis (Bijak alamiah atau bijak persekitaran)
Deria: Hidung (Zon 1)
Deria Hidung

Kebijaksanaan nuturalis melibatkan pengetahuan yang sepenuhnya terhadap apa yang berlaku melalui pertembungan dengan alam semula jadi termasuk pengiktirafan, penghargaan dan pemahaman terhadap alam sekitar. Ia melibatkan kemampuan kearifan atau kepakaran pada species, perhubungan dengan alam semula jadi dan segala fenomenanya dan keboleh dalam mengenalpasti dan mengklasifikasi pelbagai flora dan fauna.

Jika anda mempunyai kebijaksanaan jenis ini bermakna anda memiliki kecintaan yang amat mendalam terhadap haiwan, tumbuh-tumbuhan dan hampir kesemua benda-benda semula jadi. Kemungkinan anda tertawan oleh perkara-perkara seperti perubahan cuaca, perubahan warna daun-daun yang berguguran daripada pepohonan, bunyi-bunyian daripada bayu yang bertiup, kehangantan mentari atau serangga di dalam rumah anda. Ketika dari usia muda lagi anda suka mengumpul benda-benda semulajadi seperti kumbang, batu, daun-daun, cengkerang laut, dahan-dahan dan sebagainya untuk koleksi. Boleh jadi anda membawa pulang ke rumah pelbagai haiwan yang hilang atau sesat di jalanan atau mungkin juga anda mempunyai beberapa haiwan peliharaan lain. Anda mempunyai hubungan yang rapat dan amat menghormati segala kehidupan.


Kebijaksanaan Visual Ruang (Bijak seni atau bijak gambar)
Deria: Mata (Zon 2)
Deria Mata

Kita sering mendengar bahawa “satu kali melihat lebih baik daripada seribu kali mendengar” atau melihat adalah mempercayai. Kebijaksanaan ini menunjukkan bahawa anda memperolehi pengetahuan yang terjadi melalui bentuk, imej, corak, rekabentuk dan tekstur yang anda lihat dengan mata. Namun begitu ia juga juga termasuk setiap bentuk imej yang anda bayangkan di dalam minda anda.

Jika anda memiliki kebijaksanaan ini, bermakna anda lebih cenderung berfikir dalam bentuk imej dan gambar. Kemungkinan besar anda sangat sensitive terhadap objek, bentuk, warna, tekstur dan corak di persekitaran anda. Anda mungkin suka melukis, mewarna dan minat merekabentuk dan mencorak, membina sesuatu dengan menggunakan kertas dan fabric. Kebanyakan orang yang mempunyai kepekaan daria mata amat meminati aktiviti mencantum “jigsaw puzzle”, membaca peta dan mencari jalan-jalan di tempat-tempat baru. Mungkin anda mempunyai pandangan yang tepat terhadap percampuran warna-warna yang baik, tekstur yang menarik dan bagaimana caranya menghiasi bilik atau ruang tamu. Anda juga sangat baik dalam melakukan kerja-kerja yang memerlukan daya melihat di dalam minda seperti visualisasi, imaginasi, berpura-pura dan membentuk imej dalam minda.


Kebijaksanaan Muzik – Irama (Bijak muzik atau bijak bunyi)
Deria: Telinga (Zon 3)
Deria Telinga

Pengetahuan daripada jenis ini diperolehi melalui getaran dan bunyi-bunyian. Walaupun kebijaksanaan ini dinamakan sebagai kebijaksanaan muzik – irama, namun ia tidaklah terhad kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan muzik dan rentak / irama, tetapi ia juga adalah berkait rapat dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan getaran-getaran pendengaran. Ini disebabkan ia bersangkutan dengan setiap bunyi, tone, rentak dan corak getaran serta muzik.

Jika anda mempunyai kebijaksanaan jenis ini, kemungkinan besar anda sangat meminati muzik dan rentak-rentak irama. Mungkin anda sangat sensitive terhadap bunyi-bunyi yang terdapat pada alam sekitar seperti kicauan burung atau bunyi titisan hujan di atap rumah. Mungkin anda lebih selesa bekerja dengan berlatar belakangkan bunyi-bunyian muzik. Anda sering boleh mengeluarkan semula melodi atau rentak irama setelah anda mendengarnya sekali sahaja. Terdapat pelbagai bunyi, tone dan rentak yang boleh memberikan kesan terhadap anda seperti perubahan ekspresi wajah, pergerakan badan atau tindak balas emosi.Barangkali anda suka mencipta lagu dan suka mendengar pelbagai rentak muzik. Boleh jadi anda mempunyi kebolehan meniru bunyi-bunyian, loghat bahasa atau lain-lain bentuk percakapan dan anda mungkin juga boleh mengecam pelbagai jenis instrument muzik dalam satu-satu komposisi.


Kebijaksanaan Verbal-Linguistik (Bijak perkataan atau bijak buku)
Deria: Bulu Roma (Zon 4)
Deria Bulu Roma

Kebijaksanaan Verbal – Linguistik kadangkala disebut sebagai bijak buku atau bijak perkataan. Kebijaksanaan ini melibatkan pengetahuan yang datang melalui bahasa, melalui pembacaan, penulisan dan pertuturan. Ia melibatkan pemahaman susunan dan maksud perkataan sama ada melalui percakapan atau penulisan dan bagaimana menggunakan bahasa secara betul. Ia juga melibatkan pemahaman nuance (perbezaan yang halus) sosiobudaya pada satu-satu bahasa termasuk peribahasa, permainan perkataan dan humor yang berasaskan bahasa.

Jika anda mempunyai deria bulu roma yang dominant, bermakna anda memiliki kemahiran membaca, bertutur dan menulis yang tinggi dan anda juga lebih cenderung berfikir dalam perkataan. Boleh jadi anda meminati pelbagai jenis bahan bacaan, bermain permainan perkataan, mencipta puisi atau sajak dan cerita, melibatkan diri dengan perbincangan bersama orang ramai, perbahasan, pertuturan rasmi, penulisan kreatif dan berjenaka. Anda mungkin mudah mengekspresi diri anda dan naik radang padahal orang lain tidak. Anda suka mempelajari perkataan baru, anda melakukan penulisan tugasan dengan baik dan pemahaman anda dalam segala pembacaan anda adalah dangat tinggi.


Kebijaksanaan Intrapersonal (Bijak diri atau bijak penelitian)
Deria: Kulit (Zon 5)
Deria Kulit

Inti kebijaksanaan ini adalah kebolehan merenung diri kemanusiaan anda sendiri di mana anda boleh melangkah keluar daripada diri anda sendiri dan berfikir tentang kehidupan anda sendiri. Ini adalah kebijaksanaan penelitian. Ia melibatkan kecenderungan kemanusiaan yang mahu mengetahui maksud, tujuan dan kepentingan / signifikasi sesuatu perkara. Ia melibatkan kesedaran anda terhadap dunia dalaman pada diri, emosi, nilai, kepercayaan dan pelbagai pencarian hakikat kerohanian.

Jika anda mempunyai kebijaksanaan ini, boleh jadi anda suka melakukan kerja-kerja secara sendirian dan kadangkala anda malu pada orang lain. Anda mungkin suka memikirkan tentang diri sendiri dan kesedaran diri dengan demikian anda cenderung berada di dalam perasaan, nilai, kepercayaan diri dan proses berfikir. Anda adalah pembawa kebijaksanaan kreati dan celik akal, daya intuisi anda sangat tinggi, dan anda adalah termotivasi secara dalaman bukan luaran. Keinginan anda, keyakinan diri tinggi dan mempunyai pandangan atau pendapat yang baik dan jelas di dalam hampir setiap isu atau perkara. Orang lain sering berjumpa anda untk mendapatkan nasihat serta pandangan.

Kebijaksanaan Interpersonal (Bijak beramai-ramai atau bijak berkumpulan)
Deria : Suara (Zon 6)
Suara
Kebijaksanaan ini adalah daripada individu ke individu. Pengetahuan diperolehi ketika bekerjasama dengan orang lain, seringkali menjadi sebahagian daripada perkumpulan. Pengetahuan cara ini juga memerlukan segala kemahiran sosial untuk hubungan dan komunikasi berkesan antara individu ke individu yang lain.

Jika anda mempunyai kebijaksanaan ini, bermakna anda belajar melalui interaksi personal. Barangkali anda mempunyai ramai kawan atau kenalan, mempunyai empati terhadap orang lain dan mempunyai pemahaman yang dalam terhadap pandangan orang lain. Anda mungkin menyukai segala jenis aktiviti berkumpulan dan anda adalah ahli kumpulan yang baik seperti suka melakukan sesuatu kerja bersama-sama dan sebagainya. Anda sensitif terhadap perasaan dan idea orang lain dan pandai membawa idea anda dan pemikiran orang lain. Anda pandai ‘memancing’ orang lain dalam perbincangan Anda juga mahir menjadi pengantara dalam sesuatu konflik dan mencari jalan tengah ketika orang lain sedang mengalami pertentangan antara satu sama lain.

Kebijaksanaan Logik – Matematik (Bijak nombor atau bijak logik)
Deria : Lidah (Zon 7)
Deria Lidah

Kebijaksanaan menggunakan nombor, metematik dan logik dalam mencari dan mememahami pelbagai corak atau perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian seperti corak pemikiran, corak nombor, corak visual, corak warna dan seteruanya. Ia bermula dengan corak dalam dunia sebenar tetapi semakin meningkat ke tahap yang lebih abstrak apabila kita cuba memahami hubungan dalam setiap corak yang anda lihat.

Jika anda mempunyai deria ini, bermakna anda lebih cenderung berfikir secara konsep dan secara abstrak dan sering mampu melihat corak dan hubungan yang mana orang lain tidak dapat melihatnya. Boleh jadi anda suka melakukan eksperimen, menyelesaikan masalah menanyakan soalan-soalan yang berkenaan dengan alam semesta, menganalisa peristiwa atau keadaan dan sikap-sikap manusia. Mungkin anda suka melakukan aktiviti menggunakan nombor, formula dan operasi matematik dan anda sangat minat dalam menyelesaikan masalah-masalah kompleks yang mencabar. Boleh jadi anda adalah seorang yang sistematik dan tersusun dan kemungkinan juga ana mempunyai pemikiran ang logik dan rasional atau hujak atau alasan atas setiap apa yang anda lakukan atau fikirkan pada setiap masa.


Kebijaksanaan Fizikal – Kinestatik (bijak fikizal atau bijak pergerakan)
Deria : Fizikal (zon 8)
Pergerakan Fizikal

Seringkali kita perkatakan tentang ‘belajar dengan melakukannya’. Pengetahuan diperolehi daripada pergerakan fizikal dan juga pergerakan fizikal tubuh yang tidak semestinya diketahui oleh minda sedar dan pemikiran logic seperti bagaimana mengayuh basikal, bagaimana meletakkan kereta secara betul, menari, menangkap objek yang dibalingkan, mengekalkan keseimbangan ketika berjalan dan menekan kekunci computer.

Jika anda mempunyai kekuatan di dalam kebijaksanaan ini, bermakna anda lebih cenderung mempunyai kesedaran deria tubuh yang tinggi. Anda meminati pergerakan fizikal, menari, melakukan dan mencipta sesuatu dengan tangan anda dan juga bermain peranan. Boleh jadi anda sangat baik dalam komunikasi bahasa isyarat tubuh. Selalunya anda akan melakukan sesuatu kerja dengan baik setelah anda melihat orang lain melakukannya dahulu. Kemudian anda menirunya semula. Kemungkinan anda meminati aktiviti-aktiviti fizikal, anda suka tunjukkan bagaimana untuk melakukan sesuatu terhadap selesa duduk tetap pada satu-satu tempat dalam masa yang lama dan mudah merasa bosan dan bingung jika anda tidak terlibat secara aktif dalam setiap apa yang berlaku di sekeliling anda.



Sumber
http://rawatankesihatan.com/

Perkongsian Ilmu (Kaedah Termudah Menghafal Al-Quran)

KAEDAH TERMUDAH MENGHAFAL AL-QURAN

Oleh: Asy-Syeikh Dr. Abdul Muhsin Muhammad Al-Qasim
Imam dan Khathib Masjid Nabawi, Madinah.

Segala pujian hanya milik Allah, selawat dan salam semoga terlimpahkan kepada Nabi kita Muhammad, kepada keluarganya, dan para sahabat seluruhnya.
Keistimewaan kaedah ini adalah seseorang akan memperolehi kekuatan dan keteguhan hafalan serta mengambil masa yang singkat dalam menghafal keseluruhan Al-Quran. Berikut akan dipaparkan kaedahnya beserta contoh dalam menghafal surah Al-Jumuah:
  1. Bacalah ayat pertama sebanyak 20 kali.
  2. Bacalah ayat kedua sebanyak 20 kali.
  3. Bacalah ayat ketiga sebanyak 20 kali.
  4. Bacalah ayat keempat sebanyak 20 kali
  5. Keempat ayat di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang sebanyak 20 kali.
  6. Bacalah ayat kelima sebanyak 20 kali.
  7. Bacalah ayat keenam sebanyak 20 kali.
  8. Bacalah ayat ketujuh sebanyak 20 kali.
  9. Bacalah ayat kedelapan sebanyak 20 kali.
  10. Keempat ayat (ayat 5-8) di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang sebanyak 20 kali.
  11. Bacalah ayat pertama hingga ayat ke 8 sebanyak 20 kali untuk memantapkan hafalannya.
Demikian seterusnya pada setiap surah hingga selesai menghafal seluruh surah dalam Al-Quran. Jangan menghafal dalam sehari lebih dari seperlapan (1/8) juz, kerana akan menyebabkan hafalan bertambah berat dan sukar.

 

MENAMBAH HAFALAN PADA HARI BERIKUTNYA

Jika ingin menambah hafalan baru (halaman selanjutnya) pada hari berikutnya, maka sebelum menambah dengan hafalan baru dengan kaedah yang sebutkan di atas, maka anda harus membaca hafalan lama (halaman sebelumnya) dari ayat pertama hingga ayat terakhir (muraja’ah) sebanyak 20 kali supaya hafalan ayat-ayat sebelumnya tetap kukuh dan kuat dalam ingatan. Kemudian setelah mengulangi (muraja’ah) maka  memulai hafalan baru dengan kaedah yang disebutkan di atas.

MENGGABUNGKAN ANTARA MENGULANG (MURAJA’AH) DENGAN MENAMBAH HAFALAN BARU

Jangan sekali-kali kamu menambah hafalan Al-Qur`an tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya. Ini boleh menyebabkan banyak kehilangan hafalan yang pernah dibuatl sebelum ini. Oleh itu, kaedah yang paling tepat dalam menghafal adalah dengan menggabungkan antara murajaah (mengulang) dan menambah hafalan baru.
Bahagilah isi Al-Qur`an menjadi tiga bahagian, dimana mana satu bahagian mengandungi 10 juz. Jika dalam sehari telah menghafal satu halaman maka ulangilah dalam sehari empat halaman yang telah dihafal sebelumnya hingga menyelesaikan 10 juz. Jika telah menhabiskan 10 juz maka berhentilah menghafal selama satu bulan penuh dan isi dengan mengulang apa yang telah dihafal, dengan cara setiap hari mengulangi (meraja’ah) sebanyak 8 halaman.
Setelah selesai satu bulan kamu mengulangi hafalan, sekarang mulailah kembali dengan menghafal hafalan baru sebanyak satu atau dua lembar tergantung kemampuan, sambil kamu mengulangi setiap harinya 8 halaman hingga kamu bisa menyelesaikan hafalan 20 juz. Jika kamu telah menghafal 20 juz maka berhentilah menghafal selama 2 bulan untuk mengulangi hafalan 20 juz, dimana setiap hari hendaklah mengulangi (meraja’ah) sebanyak 8 halaman. Jika sudah mengulang selama dua bulan, maka mulailah kembali dengan menghafal hafalan baru sebanyak satu atau dua lembar mengikut kemampuan, sambil mengulangi setiap hari 8 halaman sehingga  menyelesaikan keseluruhan Al-Qur’an.
Jika telah selesai menghafal semua isi Al-Qur`an, maka ulangilah 10 juz pertama secara tersendiri selama satu bulan, dimana setiap harinya mengulangi setengah juz. Kemudian pindahlah ke 10 juz berikutnya, juga diulang setengah juz ditambah 8 halaman dari sepuluh juz pertama setiap harinya. Kemudian pindahlah untuk mengulang 10 juz terakhir dari Al-Qur`an selama sebulan, dimana setiap harinya mengulang setengah juz ditambah 8 halaman dari 10 juz pertama dan 8 halaman dari 10 juz kedua.

 

CARA MERAJA’AH AL-QURAN (30 JUZ) SETELAH  MENYELESAIKAN KAEDAH MURAJA’AH DI ATAS

Mulailah mengulangi Al-Qur’an secara keseluruhan dengan cara setiap harinya mengulang 2 juz, dengan mengulanginya 3 kali dalam sehari. Dengan cara ini,  mudah untuk mengkhatamkan Al-Qur’an sekali dalam setiap dua minggu.
Dengan kaedah seperti ini maka dalam jangka satu tahun (insya Allah) telah mutqin (kukuh) dalam menghafal Al-Qur’an, dan lakukanlah cara ini selama setahun penuh.

 

APA YANG PERLU DILAKUKAN SETELAH MENGHAFAL AL-QUR’AN SELAMA SATU TAHUN?

Setelah menguasai hafalan dan mengulangInya dengan itqan (mantap) selama satu tahun, hendaknya bacaan Al-Qur’an yang kamu baca setiap hari hingga akhir hayatmu adalah bacaan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW semasa hidup baginda.
Rasulullah membahagikan isi Al-Qur`an menjadi tujuh bahagian (dimana setiap harinya beliau membaca satu bahagian tersebut), sehingga beliau mengkhatamkan Al-Qur’an sekali dalam seminggu.
Aus bin Huzaifah -rahimahullah- berkata: Aku bertanya kepada para sahabat Rasulullah SAW,
“Bagaimana caranya kalian membagi Al-Qur`an untuk dibaca setiap hari?” Mereka menjawab:
نُحَزِّبُهُ ثَلَاثَ سُوَرٍ وَخَمْسَ سُوَرٍ وَسَبْعَ سُوَرٍ وَتِسْعَ سُوَرٍ وَإِحْدَى عَشْرَةَ سُورَةً وَثَلَاثَ عَشْرَةَ سُورَةً وَحِزْبَ الْمُفَصَّلِ مِنْ قَافْ حَتَّى يُخْتَمَ.
Kami membaginya menjadi (tujuh bagian yakni): Tiga surat, lima surat, tujuh surat, sembilan surat, sebelas surat, tiga belas surat, dan hizb al-mufashshal yaitu dari surat Qaf sampai akhir (mushaf).” (HR. Ahmad no. 15578).
Maksudnya:
  • Hari pertama: Mereka membaca surat “al-fatihah” hingga akhir surat “an-nisa`”.
  • Hari kedua: Dari surat “al-maidah” hingga akhir surat “at-taubah”.
  • Hari ketiga: Dari surat “Yunus” hingga akhir surat “an-nahl”.
  • Hari keempat: Dari surat “al-isra” hingga akhir surat “al-furqan”.
  • Hari kelima: Dari surat “asy-syu’ara” hingga akhir surat “Yasin”.
  • Hari keenam: Dari surat “ash-shaffat” hingga akhir surat “al-hujurat”.
  • Hari ketujuh: Dari surat “qaaf” hingga akhir surat “an-nas”.
Para ulama menyingkat bacaan Al-Qur`an Nabi -shallallahu alaihi wasallam- ini menjadi kata: ”فَمِي بِشَوْقٍ“. Setiap huruf yang tersebut menjadi simbol dari awal surat yang dibaca oleh Nabi -shallallahu alaihi wasallam- pada setiap harinya. Maka:
  •  Huruf “fa`” adalah simbol dari surat “al-fatihah”. Maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari pertama dimulai dari surah al-fatihah.
  • Huruf “mim” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari kedua dimulai dari surah al-maidah.
  • Huruf “ya`” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari ketiga dimulai dari surah Yunus.
  • Huruf ”ba`” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari keempat dimulai dari surah Bani Israil yang juga dinamakan surah al-isra`.
  • Huruf “syin” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari kelima dimulai dari surah asy-syu’ara`.
  • Huruf “waw” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari keenam dimulai dari surah wash shaffat.
  • Huruf “qaaf” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari ketujuh dimulai dari surah qaf hingga akhir muashaf yaitu surah an-nas.
Adapun pembagian hizib yang ada pada Al-Qur an sekarang, maka itu tidak lain adalah buatan Hajjaj bin Yusuf.

 

CARA MEMBEZAKAN ANTARA BACAAN YANG MUTASYABIH (AYAT YANG MIRIP) DALAM AL-QUR’AN?

Cara terbaik untuk membedakan antara dua ayat yang kelihatannya menurut kamu hampir sama (mutasyabih), adalah dengan cara membuka mushaf dan carilah kedua ayat tersebut. Lalu carilah perbedaan antara kedua ayat tersebut, cermatilah perbedaan tersebut, kemudian buatlah tanda/catatan (di dalam hatimu) yang bisa kamu jadikan sebagai tanda untuk membedakan antara keduanya. Kemudian, ketika kamu melakukan murajaah hafalan, maka perhatikanlah perbedaan tersebut secara berulang-ulang sampai kamu mutqin dalam mengingat perbedaan antara keduanya.

 

BEBERAPA KAEDAH, PANDUAN DAN TIPS DALAM MENGHAFAL AL-QUR`AN:

  1. Menghafal melalui bantuan seorang guru.
  2. Hafalkanlah 2 halaman setiap hari: 1 halaman setelah subuh dan 1 halaman setelah ashar atau maghrib. Dengan cara ini (insya Allah) akan boleh menghafal Al-Qur`an secara mutqin dalam setahun. Tetapi jika ditambah kapasiti hafalan setiap hari, akan melemahkan kemampuan proses hafalan.
  3. Untuk lebih mudah, mulakan hafalan dari Surah An-Nas hingga Surah Al-Baqarah. Setelah selesai hafalan mengikut urutan itu, mulakan pula dari Surah Al-Baqarah sampai ke surah An-Nas.
  4. Dalam menghafal hendaknya menggunakan satu mushaf saja (baik dalam cetakan maupun bentuknya). Ini akan membantu dalam menguatkan hafalan dan supaya lebih cepat mengingati letak-letak kedudukan ayat mengikut halaman mushaf Al-Quran.
  5. Seseorang yang menghafal Al-Qur’an pada 2 tahun pertama biasanya apa yang telah dihafal akan mudah hilang, dan masa ini disebut fasa at-tajmi’ (pengumpulan hafalan). Janganlah bersedih kerana ada sebahagian hafalan yang akan lupa atau terkeliru dalam hafalan. Anggap ini adalah fasa ujian. dimana syaitan dan menghasut kita untuk berhenti dari menghafal Al-Qur`an.
[Oleh: Asy-Syaikh Dr. Abdul Muhsin Muhammad Al-Qasim, imam dan khathib di Masjid Nabawi]

Sumber
http://irfanirsyad.wordpress.com/

Nur Hikmah (Dua Rahsia Sulit Terbesar Dua Kunci Rahsia)

Para pengikut Kristian  tidak mengetahui akan Dua Rahsia Terbesar yang disorokkan oleh paderi-paderi besar mereka. Pope Vatican di dalam Koleksi Perpustakaan Diraja Vatican mewujudkan banyak kod, lorong dan bilik rahsia. Segalanya misteri dan rahsia, untuk memadamkan Dua Rahsia Terbesar yang juga mendekati tahap Pencerahan Agung Sang Iblis Izazil Laknatullah (The Azazel Watcher Lucifer of Fallen Angel). Jika anda betul-betul faham maksud di sebalik dua rahsia ini, ia akan memimpin anda kepada satu ‘Zikir Agung’.

 Dua Rahsia Sulit Terbesar Dua Kunci Rahsia

Lambang di atas adalah tanda kebesaran dan lencana bagi Pope Vatican sebagai Ketua Kristian Katolik dan pemerintah negara Vatican. Ia terdiri daripada tiga mahkota kecil yang disebut ‘Triple Tiara’, salib emas di atasnya dan ‘Crossed Key’ iaitu lambang dua kunci bersilang Satu berwarna emas dan satu berwarna perak. Ini adalah lambang kemegahan rasmi bagi siapa yang menduduki kerusi Pope Vatican. Bagi penganut Kristian yang tidak mengkaji, tiada yang istimewa dari lencana Pope ini. Tapi bagi para pengikut Illuminati peringkat tertinggi, lambang ini mengandungi rahsia yang amat berbahaya dan perlu dijaga.


The Keys To Kingdom Of Heaven
Rahsia yang telah terpendam beribu tahun. Rahsia yang hanya dapat dibaca dalam manuskrip-manuskrip asli dan kuno berasal dari catatan-catatan para pengikut awal Hawariyyun (The Twelve Apostles) yang berkelana keluar dari Galilee, Antokiah (Antioch) dan kawasan-kawasan sekitar Palestin ke arah Eropah dan Afrika. Manuskrip-manuskrip ini ada yang dibakar dan rahsia yang terkandung di dalamnya disembunyikan oleh para Paderi beribu-ribu tahun, namun demikian ada di antara mereka yang dibukakan hatinya oleh Allah untuk menyebarkan rahsia ini dari mulut ke mulut, menulisnya dalam tulisan-tulisan, melakarkannya dalam lukisan-lukisan, mengukirnya pada ukiran-lukisan, mereka menyembunyikannya dalam kod-kod rahsia, petunjuk-petunjuk dan kata kunci yang dibuat khusus untuk mereka yang dapat memahaminya.
Dua orang budak kecil melambangkan kunci dan menjunjung tiara/ mahkota. Ini adalah antara kod-kod rahsia yang ditinggalkan.
Rahsia ini sememangnya tidak diketahui oleh penganut Kristian khususnya aliran Katolik yang menjadi mangsa ‘pendoktrinan palsu’ oleh para Elit dalam ‘secret societies’ yang mengawal dunia Kristian seluruhnya. Mereka sebenarnya hanya mengikut saja apa jua telunjuk kelompok rahsia ini dalam menentukan imej yang bagaimana harus dihiaskan kepada Kristian. Sehingga para Pope sendiri tidak terlepas dari kawalan kelompok rahsia ini. Sebab itu ada yang mati diracun atau digulingkan dari takhta Pope kerana berdegil tidak mematuhi perintah para Mason.Para Bishop dan Kardinal yang menjadi pemakan rasuah atau diugut adalah perkara biasa dalam politik Vatican. APAKAH YANG INGIN ANDA LAKUKAN JIKA ANDA DAPAT MENGAWAL SATU INSTITUSI YANG MEMPUNYAI PENGIKUT BERBILION MANUSIA? Ini adalah kuasa yang amat hebat,dan inilah yang terjadi kepada dunia Kristian hari ini.Amat bodohlah The AntiChrist/ Dajal jika mengabaikan institusi Katolik dalam merangka pelbagai pelan dalam menakluk dunia. KRISTIAN ADALAH MANGSANYA YANG UTAMA UNTUK MENGHADAPI PARA PENGIKUT MUHAMMAD S.A.W YANG DIGERUNINYA.

Petunjuk di dalam Dua Kunci Bersilang
“Every great truth begins as a blasphemy.”
|Bernard Shaw|
Dunia Kristian harus dikawal sebaiknya. Jika tidak, dikhuatiri mereka akan mengetahui dan terbaca ajaran-ajaran suci yang sebenar dari Jesus (Isa a.s). Jika perkara ini berlaku, mereka beramai-ramai akan mencari agama yang diredhai oleh Allah s.w.t iaitu ISLAM. Oleh itu sesiapa yang menjadi Kardinal dan Pope adalah penting bagi “AntiChrist”. Sepenting mencari siapakah Imam Mahadi. Ini adalah lanjutan dari Dua Rahsia Sulit Terbesar. Rahsia sulit yang hanya diketahui oleh Pope dan paderi-paderi yang terpilih atau rahib-rahib Katolik yang menjadi hamba peringkat tertinggi Illumination of AntiChrist & Azazel.


Ini adalah dua kunci rahsia yang memimpin kita kepada Dua Rahsia Sulit Terbesar. Dua kunci ini adalah kunci-kunci yang dipegang erat oleh Pope atas arahan Church of Lucifer agar ia tidak diketahui oleh para pengikut Kristian. Sudah tentu anda ingin mengetahui dan ingin melihat kunci-kunci rahsia ini. Apakah petunjuk – petunjuk di dalam Dua Kunci Bersilang. The Papal Crossed Key yang penuh rahsia. Jika anda dapat memegang kunci-kunci bersilang ini, saya akan membawa anda ke Pintu Sebelah Timur Sistine Chapel of Blessed Azazel, untuk membuka ruang khalwat Iblis Laknatullah The Watcher Lucifer. Pada ketika-ketika tertentu Sang Iblis pasti mengalirkan airmatanya mengenangkan masa-masa dia terbang bebas di dalam kerajaan Tuhan, KINGDOM OF HEAVEN dan bergurau senda dengan para Malaikat ‘Angels’ yang amat cantik diperbuat dari cahaya yang indah.

Untuk menjejak rahsia The Crossed Key, mari kita sama-sama telusuri apakah yang dimaksudkan dengan di sebalik Dua Kunci Bersilang ini.

The Secret Beyond The Crossed Key

Lambang ini berasal dari kata-kata yang diucapkan oleh Jesus (Isa a.s) kepada Saint Peter atau Peter of Fisherman atau nama asalnya Simon Bar Jonadah (Petros dlm bahasa Greek,Cephas dalam bahasa Aramaik Kuno, Bithrus dalam bahasa Arab juga dikenali sebagai Ben Yonah, Simon Peter, Simon atau Simeon atau dalam sebutan Arab Syam’un). Seorang Yahudi Galilee (arab, al-Jaleel) yang berasal dari Bet’shayid (Bethsaida) sebuah kota di timur sungai Jordan. Beliau bertutur dalam bahasa Aramaik Kuno (satu rumpun dgn bahasa Semitik seperti Arab dan Ibrani). Bahasa yang sama digunakan oleh Isa a.s dan kitab Injil yang asli. Saint Peter (atau Petrus) inilah yang diabadikan namanya pada ibu pejabat Pope Vatican, St. Peter Basilica yang terkenal itu. Beliau termasuk dlam 12 sahabat Nabi Isa a.s (Twelve Apostles of Jesus) atau lebih dikenali sebagai Hawariyyun di dalam AlQuran.


St. Peter Basilica
۞ فَلَمَّا أَحَسَّ عِيسَىٰ مِنْهُمُ الْكُفْرَ قَالَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ ۖ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ آمَنَّا بِاللَّهِ وَاشْهَدْ بِأَنَّا مُسْلِمُونَ ﴿٥٢﴾

Maka tatkala ‘Isa mengetahui keingkaran mereka berkatalah dia,’Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah? Al Hawariyyun menjawab,’Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri” |Surah Ali Imran 3:52|

وَإِذْ أَوْحَيْتُ إِلَى الْحَوَارِيِّينَ أَنْ آمِنُوا بِي وَبِرَسُولِي قَالُوا آمَنَّا وَاشْهَدْ بِأَنَّنَا مُسْلِمُونَ ﴿١١١﴾

Dan (ingtlah) ketika awhaiytu (Aku wahyukan/ilhamkan) kepada AlHawariyyun,’ Berimanlah kamu kepada-Ku dan kepada rasul-Ku’. Mereka menjawab,’Kami telah beriman dan saksikanlah (wahai rasul) bahwa sesungguhnya kami adalah orang2 yang patuh (kepada seruanmu)” |Al-Maidah 5:111|

Sudah pasti St. Peter (St.adalah singkatan dari kata Saint yang berasal dari kata Santos iaitu orang suci dalam bahasa Latin) berada bersama-sama para sahabat Nabi Isa a.s yang lain di dalam situasi yang disebutkan dalam AlQuran itu. Selain Peter,terdapat 11 lagi sahabat Nabi Isa a.s:
The Twelve Apostles
|Peter|
|Andrew|
|James|
|John|
|Philip|
|Bartholomew|
|Matthew|
|Thomas|
|James|
|Thaddeus|
|Simon the Zealot|
|Judas Iscariot|
St. Peter juga dianggap oleh orang Kristian sebagai ketua Bishop pertama. Beliau dikatakan telah datang ke Rom untuk menyebarkan ajaran-ajaran Nasrani dan ini menimbulkan situasi tegang di antara para pemerintah Rom yang beragama pagan ketika itu. Ketika era pemburuan ke atas golongan Nasrani, St. Peter telah ditangkap oleh Nero, Maharaja Rom ketika itu dan menyalibnya secara songsang atas permintaan Peter sendiri yang merasa tidak layak disalib pada posisi yang sama dengan Nabi Isa a.s (Nabi Isa tidak disalib mengikut kepercayaan dalam Islam) di lapangan Nero (Nero’s Circus) berdekatan Obelisk Vatican yang kemudiannya diletakkan di hadapan St. Peter Basilica pada hari ini.

Obelisk Of Vatican City
Crossed Key di dalam lencana Pope adalah perlambangan kepada KUNCI-KUNCI KERAJAAN TUHAN ‘KINGDOM OF HEAVEN’ yang disebut oleh Nabi Isa a.s kepada sahabatnya itu (Peter)
“And I will give unto thee the keys of the Kingdom of Heaven. And whatsoever thou shalt bind on earth shall be bound in Heaven, and whatsoever thou shalt loose on earth shall be loosed in Heaven.”
- Matthew 16:18-19 |21st Century King James Version|

Maksud dalam Bahasa Melayu, saya terjemahkan.
“Kepadamu akan Kuberikan kunci Kerajaan Syurga. Apa yang kau ikat di dunia ini akan terikat di syurga dan apa yang kau lepaskan di dunia ini akan terlepas di syurga.”

Kata kunci di sini adalah KINGDOM OF HEAVEN. Ini adalah kod rahsia yang disembunyikan di dalam The Crossed Key.

Apakah dia kunci utuk membuka Kingdom of Heaven itu? Adakah Jesus (Isa a.s) telah membukakan rahsianya kepada Peter? Apakah kunci Syurga itu?

Ini adalah persoalan paling penting dan mencapai tahap kritikal sehingga ia dijadikan lambang dalam lencana kebesaran Pope.Amat penting sehingga ramai paderi diracun dan para Bishop dan Kardinal diugut.Rahsia yang amat penting sehingga beribu-ribu orang mati dan cedera dan banyak peperangan yang sia-sia dilancarkan kerana DUA KUNCI RAHSIA BERSILANG INI. Apakah rahsia yang disebut oleh Nabi Isa a.s kepada Peter? Mengapa kunci-kunci syurga tidak tertulis di dalam Bible? Bagaimana dengan beribu-ribu manuskrip asli yang dibakar setelah Persidangan Nicea?


APAKAH DIA KUNCI-KUNCI SYURGA ITU?

Untuk menjawab persoalan Ini, saya ingin berkongsi dengan anda sebuah kisah benar yang terjadi di antara seorang pemuda Muslim dan sorang paderi Katolik. Kisah ni menyimpan banyak rahsia besar. Rahsia yang menyingkap apakah silibus yang diajar kepada setiap paderi Katolik di Vatican. Dan apakah fungsi Al Quran di dalam altar khas di Perpustakaan Vatican. Kisah ni saya petik dari Mausu’ah al-Qishash al-Waqi’ah.

Paderi & Kunci Syurga.

Ada seorang pemuda Arab yang baru sahaja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. Memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja.Pada mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu dia ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat para hadirin dan berkata, “Di kalangan kita Ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.”

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, “Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ” Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, “Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?”

Paderi itu menjawab, “Dari tanda yang terdapat di wajahmu.”

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi itu ingin memanfaatkan keberadaan pemuda dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya adalah untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. “

Si pemuda tersenyum Dan berkata, “Silakan!”

Sang paderi pun mulai bertanya,

“Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.”

“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!”

“Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?”

“Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?”
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca Bismillah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, “Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).”
|Al-Isra’: 12|

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur Dan al-Qur’an.

-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat |Al-Mulk: 3|

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.”
|Al-Haqah: 17|

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.”
|Al-An’am: 160|

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air.”
|Al-Baqarah: 60|

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. “
|At-Takwir: 18|

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. ” Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, “tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
|Yusuf:98|

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.”
|Luqman: 19|

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.”
|Al-Anbiya’: 69|

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.”
|Yusuf: 28|

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, “Apakah kunci syurga itu?”
mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.


Mereka berkata, “Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! “


Paderi tersebut berkata, “Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”


Mereka menjawab, “Kami akan jamin keselamatan anda. “


Paderi pun berkata, “Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. “


Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.


Saudara islamku sekalian!
Inilah rahsia yang tersembunyi pada The Crossed Key.

Orang-orang yang sesat di kalangan Kristian langsung tidak tahu rahsia ini,kerana rahsia asal telah dimusnahkan semasa era Paulus dan lepas persidangan Nicea yang menyaksikan kitab Injil diseleweng secara besar-besaran dan sejumlah besar manuskrip-manuskrip asli para pengikut Hawariyyun dibakar atau ditanam.

 

DUA KUNCI SYURGA YANG SELALU UMAT ISLAM UCAPKAN DI DALAM SOLAT MEREKA.


Miftahul Jannah. Inilah dia rahsia yang diucapkan oleh Jesus Christ kepada Peter The Fisherman pada hari yang bertuah itu. Dua baris ayat yang dipadam dengan penuh dengki dan khianat para Yahudi Mason dan Illuminist-Christian yangg tidak dapat menerima kehadiran sorang Rasul penutup para Nabi dari kalangan orang-orang Arab. Junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.

Sedikit rujukan ‘Miftahul Jannah’ dari sumber Islam:

Muaz bin Jabal Radiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah La Ilaha Illallah |Riwayat Al-Imam Ahmad|
Rasulullah bersabda :
Barangsiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan “La ilaaha illallah” maka ia dimasukkan kedalam surga |HR. Hakim|
Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan dalam Sahihnya, bahawa seorang pernah bertanya kepada Imam Wahab Ibn Munabbih: “ Bukankah Laa ilaaha illallah itu kunci syurga?”

Wahab menjawab: “ Benar, akan tetapi tidaklah bagi setiap kunci itu melainkan ia mempunyai gigi. Jika engkau membawa kunci yang bergigi, maka pintu syurga akan di bukakan untukmu, jika tidak maka pintu tak akan di bukakan untukmu”

‘Gigi’ yang dimaksudkan ialah bukan sekadar menyebut kalimah syahadah tetapi memahaminya serta melaksanakan apa yang dimaksudkan darinya.

Dari Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
Zikir yang paling mulia ialah La Ilaha Illallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah. |Riwayat Al-Imam Ibnu Majah|
Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu, ia berkata: Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “
Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah La Ilaha Illallah dengan hati yang ikhlas”. |Riwayat Al-Imam Al-Bukhari|
Dari Zaid bin Arqam Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:
Barangsiapa yang mengucapkan La Ilaha Illallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanyakan kepada baginda: “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram”. |Riwayat Al-Imam At-Thabrani|
Dari Umar Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya neraka jahanam. Kalimah itu ialah “La Ilaha Illallah”. |Riwayat Al-Imam Al-Hakim|
Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
Demi yang diriku ditangannya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan disebelah dacing dan kalimah La Ilaha Illallah disebelah yang lain, maka dacing kalimah (La Ilaha Illallah) itulah yang lebih berat”. |Riwayat Al-Imam At-Thabrani|
ketika Nabi Isa a.s berkata kepada Peter,tidaklah baginda bertutur dalam bahasa Arab atau dalam bentuk 100% kalimah syahadah dalam bahasa Arab,tetapi di dalam bahasa Aramaik Kuno yang konsepnya tetap satu iaitu Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Dan Nabi Isa sudah tentu maklum tentang kedatangan Nabi Muhammad s.a.w sesudahnya.
Dan (ingatlah) ketika Isa Putera Maryam berkata:
Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, yaitu Taurat dan memberi kabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad).” Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: “Ini adalah sihir yang nyata”.|Al-Saff 61:6|
Juga di dalam kisah Nabi Isa:
Telah sekian lamanya Nabi Isa as melakukan perjalanan untuk menjalankan ibadah. Pada suatu saat, dalam perjalanan beliau melihat sebuah gunung yang tinggi. Kemudian beliau mendaki gunung itu. Sesampainya di puncak gunung, Nabi Isa as melihat batu besar berwarna putih seperti air susu yang sangat indah. Beliau pun menyaksikan batu itu dari dekat dan mengagumi keindahannya.

Ketika sedang mengamati batu indah itu, Allah swt menurunkan wahyu kepada nabi Isa as: “Wahai Isa, senangkah bila Aku menampakkan kapadamu sesuatu yang menakjubkan bila engkau melihatnya?”

“Ya” jawab Isa.

Tiba-tiba batu itu terbuka dengan sendirinya dan membuat nabi Isa terkejut. Di dalam batu itu terdapat seorang syekh yang sudah tua, di tangannya memegang tongkat biru dan di hadapannya ada anggur yang masih segar. Ketika itu ia sedang melakukan solat.

Dengan hairan nabi Isa bertanya, “Ya syekh! Bagaimana anda dapat hidup di dalam batu ini?”
“Tidakkah anda lihat anggur segar di depan mataku ini? Ini merupakan rezekiku sepanjang hari” sahut syekh itu. “Sejak bilakah anda beribadah pada Allah di dalam batu ini?” Tanya Nabi Isa lagi. “Sejak empat ratus tahun lalu” jawab syekh.“Ya Allah. Sungguh aku tidak dapat membayangkan bila ada di antara makhlukMu yang lebih mulia dari orang ini.” Kata Nabi Isa dengan suara agak halus.

Kemudian Allah mewahyukan lagi kepada nabi Isa:

“Sesungguhnya akan datang suatu umat, iaitu umat Muhammad saw. Jika mereka beribadah kepadaKu dengan sungguh-sungguh, maka kedudukan mereka lebih mulia bagiKu daripada orang yang beribadah selama empat ratus tahun ini.”

“Ya Allah, betapa beruntungnya umat Muhammad, dan betapa bahagianya aku jika Engkau jadikan aku umat Muhammad” kata Nabi Isa as.

Terdapat banyak lagi sumber-sumber yang menceritakan seperti perkara-perkara di atas dan sememangnya Nabi Isa a.s (Jesus) adalah rasul yang diutuskan Allah s.w.t untuk membawa agama-Nya.Tetapi setelah Nabi Muhammad s.a.w diutuskan,syariat ajaran Nabi Isa a.s dan lain2 rasul atau nabi (syariat,bukannya akidah atau konsep agama Allah) adalah automatik terbatal (di mana jika kaum Nasrani benar-benar mengikut ajaran Isa a.s/Jesus mereka hendaklah memasuki agama Islam) dan hanya Islamlah sahaja agama yang benar.

Sabda Rasullah s.a.w:

Ertinya: Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya. |Riwayat Bukhari|

Firman Allah:
Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi Allah ialah Islam. |Ali Imran ayat 19|


Sumber