Friday 6 January 2012

GARAM

Garam mempunyai kemujaraban yang unik dan suci sebagai pembersih yang meleraikan radiasi serta reaksi protein. Kerja-kerja enzim yang unik ini dapat merangsang kepada kejadian sintesis protein yang lebih berkesan. Apabila garam dan ais bersatu, ia mampu menjadi satu komponen yang menjadi penghantar yang mampu beraksi walaupun dalam jumlah sedikit untuk memicu aksi kimia sementara sifat garam itu sendiri sedikipun tidak berubah. Garam yang bersifat hidup ini terkandung di dalam sel dan sel ini sendiri akan sentiasa diperbaharui melalui proses pembelahan sel khususnya bagi kes pesakit kanser.

Dengan mengamalkan penggunaan garam pada waktu pagi, ia akan meningkatkan tenaga molekul serta sel kerana di situ terdapat unsur daya berupaya makromelikul protein yang kompleks iaitu Deoxyribonucleic Acid (DNA). DNA yang terletak di dalan nukleus sel ini mengandungi kod-kod genetik yang membawa maklumat daripada semua organ serta tingkah laku diri.

Di samping itu juga berdasarkan kajian serta pemerhatian, keberkesanan pengambilan garam dilihat tinggi pada waktu pagi. Ini kerana waktu pagi merupakan masa berlakunya proses fotosintesis serta perlepasan kadar oksigen yang tinggi daripada tumbuh-tumbuhan dan pada waktu ini jugalah kadar karbon dioksida yang diserap oleh tumbuh-tumbuhan juga tinggi dalam melakukan proses pembersihan.

Oleh yang demikian, penjadualan pemakanan garam yang sebelum ini dilakukan di anatara waktu pagi sehingga malam diubah sepenuhnya pengambilan kepada waktu siang terutamanya pagi iaitu diantara selepas subuh sehingga pukul 11 pagi kerana waktu ini merupakan waktu yang terbaik disamping mengambil keberkatan pagi. Proses ini memang banyak membantu dalam merangsang pembentukan tenaga yang maksima disamping menjurus kepad proses peleraian sel-sel tubuh yang tidak sihat.

Manakala geomensi yang dibuat pada sebelah malam untuk meleraikan radiasi yang mencemarkan persekitaran mesti dibina semula di awal pagi untuk meningkatkan energy yang harmoni. Dengan melakukan terapi garam pada waktu pagi ia akan meningkatkan lagi sistem komunikasi yang disebarkan melalui mesej-mesej kod warna dan bunyi mengikut turutan warna dan bunyi yang bermula dengan warna merah. Begitu juga disusuli dengan rawatan Hidrotherapy Ice bahawa penggunaan garam dalam mandian Hidrotherapy Ice ditukar sepenuhnya pada waktu siang sahaja. Dengan adanya set Seri Wajah Hidrotherpy Ice yang khas dalam tujuh warna yang berbeza bermula warna merah, oren, kuning, hijau, biru, violet dan ultraviolet, ia akan melengkapkan lagi gabungan keseluruhan warna dalam mandian Hidrotherapy Ice.

Oleh PROF. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN pada 10/31/2008 03:37:00 PM 6 COMMENTS

Labels: Garam Booster


Hukum Garam


Radiasi dan kecelaruan gelombang hanya boleh diurai oleh vibration yang kuat dan bertenaga. Garam mempunyai vibration yang sangat kuat bacaan getarannya yang sama dengan unsur-unsur spiritual yang bersifat rohani dan suci. Melalui konsep sains, ia berfungsi meleraikan radiasi serta gelombang yang kurang sihat di dalam tubuh pesakit.


Vibration kuat ialah di bawah bacaan 20 Hertz atau bawah 400 nanometer.

Semakin rendah bacaan vibration, maka semakin kuat vibration itu. Semakin tinggi bacaan bacaan vibration seperti MegaHertz dan Makrometer, maka semakin lemah vibration atau tenaga gelombang tersebut.




Peleraian ini yang berlaku dalam tindak balas gelap dengan kehadiran ais akan menyuburkan lagi pembentukan sel-sel baru di dalam tubuh di samping memberi satu tekanan mahupun impak yang baik.

Gelombang aruhan atau caj garam amat mudah berubah untuk menstabilkan keadaan sekitar. Pada waktu malam, garam akan stabil sekiranya aruhan gelombang atau cajnya bertukar kepada positif atau mengandungi ion-ion protion. Menjadi satu pantang larang bahawa tiada urusan jual beli garam dilakukan pada sebelah malam dan terbukti kebenaran yang tersirat di sebalik fakta ini sejak dari zaman Rome dan Yunani. Sehingga kini setiap bangsa di dalam budayanya memiliki pantang larang yang tersendiri dalam menghormati pegangan terhadap keunikan, kegunaan dan keberkatan garam.

Garam amat menguji rahsia kesabaran kepada mereka yang telah melanggar hukum dan kegunaannya. Garam pada waktu malam biasanya digunakan untuk tujuaan yang bersifat negatif dan memberi kesan mudarat kepada seseorang dan ia bergantung kepada niat seseorang itu juga. Akan tetapi sekiranya terdapat kes-kes kecemasan ataupun darurat akibat gangguan spiritual pada waktu malam, penggunaan garam adalah diizinkan memandangkan garam berada di dalam rahsia api dan bertindak sebagai gelombang range tinggi kerana kes kecemasan juga berpunca daripada kedaan yang tingi range nya.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan ruang gelombang persekitaran tidak harmoni di samping mahu mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku, maka penjualan garam pada waktu malam tidak digalakkan sama sekali.

[ini ialah suntingan daripada pekeliling yang dikeluarkan oleh pengurusan dan pengasas Colour Vibration Therapy]


Oleh PROF. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN pada 10/31/2008 12:04:00 PM 0 COMMENTS

Labels: Garam Booster


Selasa, 6 November 2007
Rahsia Garam Dalam Rahsia Air


Rahsia Garam Rendah Sodium dalam rahsia air (bunyi) dalam kobinasi air akan mengimbangi semula darah yang telah teroksid kerana telebih kandungan kolestrol dan urik asid.

Mengubah, memecah, mengurai unsur pemakanan menjadi zat atau nutrien dalam partikel yang halus dan unik untup potensi getaran. Olahan, kitaran, adunan dan bancuhan akan menghasilkan geseran tenaga kinetik apabila makanan dikunyah dengan baik dan teratur.


Meneutralkan keracunan makanan atau ketempangan kimia di dalam tubuh yang berlebihan urik asid atau bahan-bahan yang masam.

Ia akan memberikan kecapatan kepada semua unsur pemakanan menjadi aktif dengan menghasilkan tindak balas yang pantas dan maksumim.

Kesemua frekuensi atau tenaga getaran terletak dalam rahsia biru yang menjadi penawar.

Kuasa peneutral ini terletak di kelanjar tyroid dengan frekuensi biru yang sejuk. Bagi wanita yang gemar pada makanan yang masam akibatnya wujud gangguan pada sistem tulang dan penyakit mudah sampai ke dasar. Ini akan mendedahkan kepada bahaya kanser. Sebenarnya garam rendah sodium mempunyai kuasa penyerap kepada frekuensi bunyi yang buruk yang memusnahkan sel-sel di dalam tubuh.

Makan pada waktu malam sebelum subuh (bersahur) sebenarnya dapat memerangkap tenaga bunyi berfrekuensi biru sebagai penawar.

Rahsia gigi adalah suatu jasad kenyal di dalam rahsia tulang. Oleh itu, gosoklah gigi anda selalu untuk menghasilkan tenaga kinetik atau geseran.

Cara mengambil Garam Rendah Sodium

1. Sebelum dan selepas makan. Secubit garam rendah sodium sama ada diletakkan di atas lidah atau dilarutkan sedikit dalam segelas air sejuk.

2. Sebelum dan selepas tidur. Minum sekerap mungkin untuk kesan lebih baik. Lebih elok dilakukan di waktu pagi sebaik sahaja bangun dari tidur untuk pengimbangan oksigen di dalam darah dan sistem limpatik.

3. Bersama-sama dengan formula NW. Campurkan sedikit garam di dalam larutan air yang dimasukkan formula rawatan NW. Jika NW ingin diambil dengan cara dikemam, minum setengah gelas air sejuk yang dicampurkan dengan secubit garam rendah sodium.


Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.


Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy CVT
No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru,
31350 Ipoh, Perak



Tel / SMS: 012-4008972


Oleh PROF. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN pada 11/06/2007 09:54:00 AM 5 COMMENTS

Labels: Garam Booster


Isnin, 5 November 2007
Garam Rendah Sodiom


Garam Rendah Sodium berfungsi menyeimbangkan keadaan berasid, menjadi agen detoksifikasi dan menyingkirkan toksid dan asid daripada tubuh dalam masa yang singkat.

Garam Rendah Sodium mengandungi bahan rendah sodium dan lebih potassium tinggi untuk kesihatan tubuh.

Garam Rendah Sodium mempunyai kuasa penyerap kepada frequensi bunyi yang buruk yang memusnahkan sel-sel di dalam tubuh.

Garam Rendah Sodium bertindak sebagai penyerap atau penapis bunyi (amplifier) getaran tenaga dalam berbagai jenis makanan yang terlalu tinggi kandungan mineral seperti makanan laut.

Garam Rendah Sodium bertindak sebagai pengaimbang kalsium dan iodin di bahagian tirod.

Garam Rendah Sodium amat sesuai untuk menjaga struktur ketahanan sistem tulang (kelangsingan) terutamanya pada wanita selepas bersalin.

Garam Rendah Sodium membantu mengatasi masalah saraf dan kekejangan otot.

Garam Rendah Sodiummeneutralkan frekuensi elektrokimia di dalam sistem penghadaman yang abnormal.

Garam Rendah Sodium adalah penawar kesakitan atau keracunan di dalam perut yang telah mengalami baban ubat-ubatan daripada dadah termasuk kesan kesakitan yang dialami oleh penagih dadah.

Garam Rendah Sodium bertindak sebagai tarapi penyinaran yang pemancaran gelombang elektrik ion-ion negatif kepada pesakit kanser yang telah terdedah kepada ubat-ubatan kemo dna sinar-x yang berlebihan.

Garam Rendah Sodium bertindak sebagai pengambangan persekitaran dlam sistem penghadaman daripada kandungan oksigen, sodium, klorida dan nitrogen.

Garam Rendah Sodium dapat mengurangkan kemunculan gas karbon dioksida yang amat berbahaya di atas keggalan perut melakukan sistem penghadaman yang menimbulkan gejala sakit-sakit di seluruh tubuh.

Formula Garam Rendah Sodium membantu mengatasi masalah gastrik, sakit tumit, gout, sembelit, cirit-birit, sakit tekak, gangguan suara, keletihan, kelesuan, rasa mengantuk dan daya konsentrasi.

No comments:

Post a Comment