Tuesday 29 November 2011

SURAH AL-KAHFI

Surah al-Kahfi yang terdiri dari 110 ayat kesemuanya. Jadi kami semua ikut ustaz baca dari ayat 1 - 10 sahaja. Masih berbaki 100 ayat. InsyaAllah to be continued membacanya pada minggu-minggu berikutnya. Tapi ustaz ada mintak kita orang cuba hafal 10 ayat yang pertama itu dan InsyaAllah ustaz akan test tengok camane minggu depan. Ya Allah, boleh ke saya nak hafal ni, dah le sekarang ni nak hafal doa 2 ayat pun payah nak lekat, apa lagi 10 ayat... hehe... apa2 pun cuba lah dulu, moga Allah mudahkan... :)

Menyebut tentang Surah al-Kahfi ini, di antaranya ia ada menceritakan tentang pemuda2 yang dimatikan beratus tahun(yang lari dari kekejaman aqidah). Allah menyelamatkan mereka dengan menidurkan mereka selama 309 tahun.

Ustaz menegaskan banyak kebaikan untuk kita jika membaca surah al-Kahfi ini pada hari Jumaat. Banyak hadis yang sahih dari Rasulallah s.a.w yang menyebut tentang kelebihan membaca surah ini. Jadi elok benar kalau kita nak mula membacanya pada hari Khamis malam Jumaat yang akan datang ini.... Ada pendapat mengatakan hari Jumaat tempohnya merangkumi hari Khamis selepas Asar sehinggalah sampai ke hari Jumaat sebelum Asar)...Wallahu'alam.

Apa2pun kita cubalah berusaha untuk mendapatkan nur dari bacaan surah ini seperti yang di sebutkan dalam beberapa hadis Rasullallah s.a.w dan kata para sahabat r.a(bersumber dari rujukan saya melalui kitab Muntakhab Ahadith susunan Hadzrat Maulana Muhammad Yusuff Al-Kandahlawi) iaitu:

Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)

No comments:

Post a Comment