Wednesday 28 December 2011

Positif dan negatif.

Positif dan negatif.

There are always 2 sides of everything.

Macam Yin dan Yang.

De Broglie, seorang ahli sains yang terkemuka pada awal kurun ke-17 telah memperkenalkan hukum dualiti.

Beliau mengatakan bahawa setiap jasad mempunyai sifat-sifat jasad dan gelombang dan setiap gelombang mempunyai kedua-dua sifat jasad dan gelombang.

Teorinya dapat dibuktikan oleh Albert Einstein dalam eksperimen kesan fotoelektrik dan Compton dalam eksperimen serakan Compton.

Dalam sains Fizik klasik, momentum ditakrifkan sebagai hasil darab jisim dengan halaju.

P = mv

Ini bermakna gelombang yang tidak berjisim tidak mempunyai momentum.

Kenyataan di atas dicabar apabila Einstein mendapati gelombang cahaya yang tidak berjisim dapat melanggar serta mengeluarkan elektron-elektron dari atom-atom logam. Kesan ini dinamakan kesan fotoelektrik.

Dengan kata lain Einstein berjaya mengubah tenaga cahaya kepada tenaga elektrik. Plat fotoelektrik banyak digunakan pada kalkulator yang tidak memerlukan bateri sebaliknya memerlukan cahaya sahaja untuk berfungsi.

Peristiwa ini telah mencabar ramai ahli fizik zaman tersebut.

Akhirnya, De Broglie keluar dengan prinsipnya seperti yang diterangkan di atas dan mengaitkan prinsipnya dengan formula

p = h/lambda

p = momentum
h = pemalar Planck
lambda = panjang gelombang.

De Broglie menerangkan bahawa semua gelombang terdiri daripada paket-paket tenaga dan setiap paket tenaga ini (daripada gelombang yang sama) mempunyai nilai tenaga yang sama.

Tenaga dalam paket ini boleh dihitung melalui formula

E = hv

E = tenaga
h = pemalar Planck
v = frekuensi gelombang tersebut

Konsep ini dinamakan pengkuantuman tenaga. Maka, lahirlah cabang fizik yang dinamakan Mekanik Kuantum.

Dengan itu, fizik kuantum mula berkembang dan diteruskan dengan konsep jasad hitam, persamaan Hamiltonian, Persamaan Gelombang Schrodinger, dan lain-lain.

Sedarkah anda, Semua perkara di atas melibatkan tenaga, gelombang dan jasad?

Itulah yang dikatakan dalam Law of Attraction. Cuma ia tidak menggunakan persamaan Matematik yang merumitkan.

Saya tidak sertakan persamaan-persamaan matematik tersebut kerana ia sukar untuk ditaipkan pada ruang komen ini.

Bayangkan kalau nak taip pecahan, kuasa, punca kuasa dan simbol-simbol yang lain di sini. Sukar bukan?

Wah, skroll balik baru sedar yang aku dah banyak merepek kat sini.

Harap jangan marah. :)

Sunday, September 16, 2007 10:45:00 PM

No comments:

Post a Comment